suria

Kes Rogol Bawah Umur Mmeningkat Di Singapura

SINGAPURA: Kejadian rogol bawah umur di Singapura melibatkan gadis bawah 14 tahun meningkat 36.1 peratus dari 61 kes pada 2008 ke 83 tahun lepas. Polis republik ini berkata pada tahun-tahun lepas, gadis-gadis mengadakan hubungan seks konsensual dengan teman lelaki, rakan atau kenalan mereka yang muncul sebagai pelaku kesalahan berbesar dalam kes-kes ini. Dalam taklimat jenayah tahunan 2009 hari ini, polis berkata mereka akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian-kementerian Pendidikan, kebudayaan, Belia dan Sukan dan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan demi mempertingkatkan lagi ceramah kesedaran jenayah dalam menangani trend seks belasan tahun yang meningkat.

Beliau berkata semua pihak yang mempunyai kepentingan termasuk masyarakat, sekolah, ibu bapa, dan media mempunyai peranan penting dalam mendidik belia terhadap seks bawah umur ini.

Polis juga berkata situasi jenayah keseluruhannya di Singapura adalah terkawal pada 2009, dengan jumlah kes jenayah keseluruhannya menurun sebanyak 0.4 peratus kepada 32,968 kes dari 33,113 kes pada 2008.

Polis juga memandang berat terhadap meningkatnya kes-kes curi kecil-kecilan yang naik dari 19,918 pada 2008 ke 20,402 tahun lepas dan kes pecah rumah di kediaman Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB), pusat pendidikan dan jagaan yang naik melambung dari jumlah rendah 898 kes pada 2008 ke 1,026 pada 2009.

Polis berkata empat kelas jenayah lain menunjukkan penurunan jumlah kes pada tahun lepas, iaitu jenayah terhadap orang seperti pembunuhan dan rusuhan (4,370 kes), jenayah harta ganas khususnya rompakan (749 kes), jenayah perdagangan (3,357 kes) dan jenayah pelbagai yang termasuk pencerobohan dan kelakuan tidak senonoh (3,064 kes). - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain