suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singapura Tahan Pemandu Lori Malaysia Cuba Seludup Rokok Bernilai RM1.5 juta

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura menahan seorang pemandu warga Malaysia apabila menemui 8,349 karton rokok dalam trak panjang yang dipercayai cuba diseludup ke negara itu di Pusat Pemeriksaan Tuas, di sini, Jumaat lalu.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) hari ini berkata anggaran cukai kastam tidak berbayar ke atas rokok itu berjumlah S$587,800 (kira-kira RM1.42 juta) dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak S$53,200 (RM128,848).

Katanya trak berukuran 40 kaki panjang itu tiba di pusat pemeriksaan berkenaan dengan mengisytiharkan muatan bekas plastik tetapi pemeriksaan rutin dengan mesin pengimbas mendapati ada benda yang ganjil dalam trak itu.

ICA berkata pemandu trak berusia 47 tahun ditahan untuk membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain