suria

Singapura Jadi Tumpuan Promosi Pelancongan Lada

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) akan memberi tumpuan untuk mempromosikan pulau itu di Singapura bagi menarik lebih ramai pelancong. Pengurus Perhubungan Awam Lada, Ramizi Hassan berkata, peluang membawa ramai pelancong ke Langkawi perlu dimanfaat kerana republik itu menjadi persinggahan ramai pelancong asing. Mengikut rekod Unit Pelancongan Lada, 40,000 pelancong dari Singapura berkunjung ke Langkawi tahun lepas berbanding 37,988 orang tahun sebelumnya.

Ramizi berkata promosi di Singapura akan diadakan dengan kerjasama Tourism Malaysia dan pengusaha hotel serta agensi pelancongan, produk pelancongan dan pengangkutan.

Katanya Lada akan menyertai beberapa pameran dan promosi pelancongan di Dubai pada Februari, Jepun (September) dan London (November). - BERNAMA

Artikel Lain