suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asean Bincang Isu Kebajikan Sosial dan Pembangunan

SINGAPURA: Negara-negara Asean, China, Jepun dan Korea Selatan akan mengadakan pertemuan di sini esok untuk membincangkan pelbagai isu kebajikan sosial dan pembangunan di rantau ini.

Lebih 50 anggota delegasi dari negara-negara ini akan menghadiri Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Asean mengenai Kebajikan Sosial dan Pembangunan ke6 (SOMSWD6) dan Mesyuarat Asean Campur Tiga ke5 (SOMSWD5) yang dihoskan Singapura dalam masa tiga hari akan datang.

Menteri Negara bagi Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan YuFoo Yee Shoon akan merasmikan SOMSWD6 yang dijangka menyentuh pentingnya kerjasama pelbagai agensi dan sokongan di kalangan anggota Asean, rakan-rakan mereka dan sektor bukan kerajaan untuk menjalin satu identiti bersama dan membina sebuah masyarakat prihatin dan perkongsian, menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat itu pertama kali diadakan pada 2002, di mana para pegawai kanan yang mengendalikan kebajikan sosial dan pembangunan dari 10 negara anggota Asean mengadakan pertemuan tahunan untuk membincangkan isu kebajikan sosial termasuk kanak-kanak, keluarga, wanita, kurang upaya dan orang tua serta menyelaras dan melaksanakan program yang relevan di rantau ini.

Bertemakan "Pengukuhan Kebajikan Sosial dan Pembangunan Kerjasama dan Urus Tadbir," SOMSWD6 dua hari itu akan mengadakan perbincangan dan berkongsi pengalaman mengenai amalan terbaik dalam memberikan khidmat sosial.

SOMSWD5 Campur Tiga sehari pada Khamis akan memudahkan kerjasama rapat antara negara-negara Asean, China, Jepun dan Korea Selatan dalam mengukuhkan kebajikan sosial dan pembangunan di negara kumpulan rantau ini. - BERNAMA

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia