suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Askar, Pemberontak Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Thailand

BANGKOK: Seorang askar dan seorang pemberontak terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak di wilayah Narathiwat, Selatan Thailand hari ini.

Jurucakap tentera berkata, dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, sekumpulan anggota tentera dan polis diserang kumpulan pemberontak di sebuah kampung di daerah Bachok.

Katanya, serangan itu menyebabkan seorang askar terbunuh dan ketua polis daerah berkenaan mengalami cedera ringan.

Tambahnya, seorang pemberontak yang cedera akibat tembakan melarikan diri dan bersembunyi di sebuah bangunan.

"Tentera berjaya mengesannya dan mendapati pemberontak itu mengalami pendarahan. Apabila dia melihat mereka mendekatinya, pemberontak itu melepaskan tembakan, tetapi dia kemudiannya ditembak mati," kata jurucakap itu ketika dihubungi.

Lebih 3,600 orang terbunuh dalam keganasan sejak kumpulan pemisah melancarkan kempen pada Januari 2004 bagi menuntut kemerdekaan wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala di sempadan Malaysia yang mempunyai majoriti penduduk Islam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain