suria

seram dan pelik! Rambut keluar dari kubur 100 tahun undang misteri

RAMAI pengguna TikTok menyifatkan penemuan rambut di kubur itu sebagai aneh dan seram. — Agensi

KUNJUNGAN seorang lelaki di sebuah tanah perkuburan di California Amerika Syarikat membawa kepada satu penemuan pelik yang menyeramkan.

Berkongsi perkara itu di laman sosial TikTok, Joel Morrison, 37, ternampak sesuatu yang didakwa rambut manusia.

hair-grave 2

MORRISON mendakwa kejadian tersebut berlaku berpunca daripada keadaan kubur yang tidak diselenggara dengan baik. — Agensi

Rambut itu keluar dari sebuah kubur yang yang terkeluar dari celah retakan kubur berusia kira-kira 100 tahun.

Menurutnya, dia terkejut dengan penemuan itu dan tidak menyangka bahawa rambut mayat boleh terkeluar dari kuburnya sendiri.

"Saya terkejut dan pada masa sama tidak pasti sama ada apa yang saya lihat itu nyata.

"Tetapi setelah diperiksa dengan lebih dekat, saya menyedari bahawa itu pasti rambut manusia yang terkeluar dari kubur," katanya.

Tambahnya lagi, selepas yakin apa yang dilihatnya adalah rambut manusia dia merasakan bahawa apa yang terjadi pasti mendatangkan kerisauan kepada waris si mati.

Jelasnya, perkara seumpama ini berlaku mungkin berpunca daripada keadaan kubur yang tidak diselenggara dengan baik.

Tambahan pula, ada kubur yang dirosakkan oleh tupai dan haiwan lain serta akar pokok yang menjalar dan membesar.

"Hal ini menyebabkan ada batu tanda kubur renggang dari tanah menyebabkan rambut mayat terkeluar dari celah regangan itu.

"Berdekatan kubur ini ada satu pohon besar yang akarnya menjalar dan merosakkan kubur yang berdekatan," ujarnya.

Susulan penemuan itu, Morrison memberitahu dia ada kembali ke kubur berkenaan untuk melihat kembali rambut itu.

Katanya, dia melihat rambut berkenaan telah disumbat semula ke dalam celah kubur dan dia yakin perkara itu dilakukan oleh penjaga kubur berkenaan.

Perkongsian Morrison tentang rambut berkenaan mendapat lebih daripada 1.5 juta tontonan dan 290,000 sukaan.

Kebanyakan pengguna TikTok menyatakan bahawa penemuan itu merupakan sesuatu yang menyeramkan.

Salah seorangnya berpendapat bahawa perkara seumpama itu boleh berlaku terutama selepas banjir besar dan hujan.

Ada juga yang memberitahu bahawa sebelum ini pengarah pengebumian pernah mencadangkan agar mayat tidak dikuburkan di dekat pokok kerana perkara seperti ini mungkin berlaku. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Carlifornia, rambut, kubur, seram, tiktok

Artikel Lain