suria

'Hilang' dahi dalam kemalangan ngeri, wanita ini jadi pelupa 20 kali sehari

KEALY berjaya melengkapkan pembedahan plastik pada dahinya selepas sedekad. — Agensi

GARA-GARA kemalangan ngeri yang dilalui pada 14 tahun lalu, wanita ini terpaksa bertarung dengan masalah kecederaan pada bahagian otaknya.

Malahan, wanita itu, Grainne Kealy, 36, mengatakan dia sering kali terlupa tentang sesuatu perkataan ketika sedang berbual dengan orang lain.

"Perkara itu boleh berlaku kepada saya sebanyak 20 kali sehari.

"Saya mengalami sakit kepala apabila terlalu ramai orang sedang bercakap di sekeliling dan kadang-kala saya berasa sukar untuk kekal fokus," ujarnya.

Dalam insiden pada 2007 itu, Kealy mengalami kemalangan kereta selepas kenderaan itu tergelincir di laluan berais.

Hilang Dahi

Keadaan dahi Kealy selepas menjalani pembedahan.

Kealy mengalami kecederaan parah di bahagian muka selepas beg udara kereta itu menolak kuat kakinya yang diletakkan di papan pemuka kenderaan berkenaan.

Insiden ngeri itu mengakibatkan seluruh tulang mukanya patah dan doktor tiada pilihan lain selain membuang bahagian dahinya.

Walaupun pembedahan membuang dahinya berjaya, dia dimasukkan semula ke hospital setahun kemudian kerana mengalami komplikasi.

Pada 2009, Kealy mendapat 'dahi baharu' yang diperbuat khas daripada bahan seramik Itali

Akhirnya selepas lebih sedekad tragedi itu, Kealy berjaya melengkapkan pembedahan plastik pada dahinya dan doktor gembira melihat perkembangannya. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain