suria

Ibu ditahan pukul pembuli anak berusia 11 tahun

WALDROP telah dibebaskan pihak polis dengan jaminan bon sebanyak AS$10,500 (RM43,800). — Agensi

TINDAKAN seorang ibu menyerang pembuli anaknya mengundang padah apabila dia ditahan pihak polis dalam satu kejadian di Alabama, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Tertuduh, Nannatt Waldrop, 33 didakwa melakukan perkara tersebut pada Selasa kerana berang terhadap pembuli berusia 11 tahun itu yang membuli anaknya.

Dia dikatakan telah menaiki bas tersebut dan memukul kanak-kanak itu. Kejadian tersebut turut dirakam oleh saksi di dalam bas berkenaan dan menjadi tular dalam kalangan warga setempat.

Tiada maklumat yang diperoleh tentang keadaan mangsa.

Jabatan Sheriff Daerah Jefferson memberitahu kepada pemberita bahawa susulan kejadian itu, Waldrop telah ditahan atas tuduhan menyerang dan mengenakan kekerasan terhadap kanak-kanak berkenaan.

Dia bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan bon sebanyak AS$10,500 (RM43,800).

Sementara itu, Pengetua Sekolah Daerah Jefferson memberitahu apa yang terjadi adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.

"Perkara ini bukan sahaja berkenaan menegakkan keadilan tetapi tidak sepatutnya seorang ibu melakukan perkara yang sedemikian.

"Apa jua bentuk kekerasan terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima terutama yang melibatkan golongan pelajar," ujarnya. — Agensi

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Alabama, Jefferson, ibu, pukul, pembuli, polis

Artikel Berkaitan

Artikel Lain