suria

Klopp Kata 'Tak Cool'

'TAK cool' tanpa Philippe Coutinho, ujar pengurus Liverpool.

Jurgen Klopp mengakui agak berbeza tanpa bintang Brazil tersebut pada aksi minggu ini.

Sebelum ini, pemain tengahnya itu tidak berada dalam skuad ketika aksi menentang Crystal Palace kerana mengalami kecederaan di bahagian belakang.

Klopp juga mendedahkan bahawa dia masih buntu mengapa pemain itu mahu meninggalkan kelab.

Coutinho menjadi subjek utama Barcelona untuk terus mendapatkannya walau pun dua bidaan sebelum ini ditolak The Reds.


"Secara keseluruhannya, saya fikir setiap pemain di Liverpool adalah yang terbaik, pasukan bagus setakat ini.

"Saya tidak melihat alasan kenapa pemain perlu meninggalkan kelab ini.

"Setiap kelab di dunia akan kehilangan pemain kreatif berkualiti dalam apa jua situasi. Ia sesuatu yang tidak 'cool', tetapi saya perlu menerimanya...inilah bola sepak," jelas pengurus kelahiran Jerman itu.

Liverpool, Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Gan, Yeap Sumbang Dua Emas

Artikel Berikut

Artikel Lain