suria

Beyonce Bantah Hubungan Kanye West & Kim Kardashian

Beyonce.
Beyonce.
Beyonce.

PENYANYI popular, Beyonce knowles dilaporkan kurang senang dengan hubungan yang terjalin di antara rakan baiknya iaitu Kanye West dan Kim Kardashian.

"Beyonce tidak suka dengan hubungan mereka kerana Kanye memiliki pendidikan konservatif yang sangat berbeza dengan Kim," ujar sumber terdekat penyanyi itu.

Ibu kepada Blue Ivy Carter ini juga dikatakan tidak setuju dengan hubungan mereka kerana skandal seks dan perkahwinan Kim yang pernah gagal sebelum ini selain bercerai selepas 72 hari dengan Kris Humpris baru-baru ini.

"Perkara-perkara tersebut telah merisaukan Beyonce dan tidak mahu melihat Kanye berduka jika ditinggalkan nanti," kata sumber itu.

Dua bintang itu bakal menjelajah bersama-sama dalam konsert di Eropah bermula Mei dan Jun ini dan mengetahui hal tersebut, Kim dilaporkan sengaja melancarkan produk jenamanya di sana supaya dekat dengan kekasihnya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain