suria

Biskut Mazola Kacang Hijau, pasti laku di Aidilfitri

Memikat hati sungguh tengok biskut mazola kacang hijau ini... Foto: Blog Selera Puteri

KEBIASAANNYA biskut berasaskan kacang 'laku' apabila dihidangkan kepada para tetamu. Nampaknya kena buat biskut ini dalam kuantiti yang banyak, baru puas hati.

Kali ini jom kita cuba resipi biskut Mazola Kacang Hijau daripada blog Selera Puteri. Nasib baik mudah nak dibuat!

Bahan-bahan:

120 gram tepung kacang peas

180 gram tepung gandum

20 gram santan serbuk

100 gram gula aising

1/8 sudu teh serbuk penaik

1/4 sudu teh garam

120 gram minyak mazola

Hiasan: 

1 kuning telur, sedikit susu cair dan sedikit minyak mazola

Cara-cara:

Mula-mula sangaikan sebentar tepung kacang peas dan biarkan sejuk seketika.

Kemudian, campurkan semua bahan, masukkan minyak mazola dan uli sehingga membentuk adunan. Biarkan dalam 10 minit.

Seterusnya sukat 1 sudu teh penuh adunan lalu dibulat-bulatkan.

Sapukan hiasan atas biskut dan bakar 160C selama 20 minit.

Akhir sekali, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Artikel Lain