suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minum petang pasti menyerlah dengan hidangan Donut Bombolini

Donut bombolini menjadi pilihan ramai..

DONUT Bombolini semakin popular dan menjadi permintaan ramai sejak viral di media sosial. 

Pelbagai perisa seperti coklat Nutella, Oreo dan Kiwi turut disediakan dan ia ternyata menarik perhatian ramai.

Berikut perkongsian resipi ini daripada Kak Mon yang menjual Bombolini di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru di ibu negara.

Bahan-bahan:

500 gram tepung roti/tepung berprotein tinggi

11 gram yis mauripan (1 paket)

1/2 sudu kecil baking powder

1 sudu besar marjerin

1 biji telur gred B

3 sudu besar gula

2 sudu besar susu tepung

sedikit garam

1 cawan susu segar

1/2 cawan air biasa

Cara-cara:

Bahan-bahan perlu dicampur sekali termasuk yis

Uli bahan yang telah dicampur menggunakan mixer selama 10 minit kemudian perapkan sebentar selama 30 minit.

Seterusnya doh dibentuk secara bulat-bulat dan perapkan sehingga doh membesar dua kali ganda kemudian goreng donut tersebut menggunakan kuantiti minyak yang banyak.

Selepas donut bertukar warna keemasan, angkat dan biarkan sebentar. Kemudian snow sugar diletakkan di atas bombolini agar kelihatan lebih gebu.

Gunting bahagian tengah atas donut dan paipkan coklat nutella atau dengan perisa yang lain.

Bombolini, resipi, donut

Artikel Lain