suria

Lelaki pun kena jaga kulit wajah... Amalkan 5 rutin ringkas ini jika mahu muka glowing dan sihat!

Lelaki juga harus menitikberatkan penjagaan wajah. Gambar hiasan. Foto: Medicalnewstoday

BUKAN wanita sahaja, lelaki juga harus menjaga kulit wajah untuk mengelakkan pelbagai masalah, selain memastikan ia sentiasa bersih dan sihat.

Lebih-lebih lagi golongan ini cenderung terlibat dengan aktiviti lasak, sekali gus menjadikan kulit mereka mudah berpeluh dan berminyak.

Salah satu cara menjaga kulit wajah adalah dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang betul mengikut kesesuaian.

Selain itu, melakukan beberapa siri rawatan muka juga merupakan salah satu pelaburan jangka panjang yang boleh meningkatkan keyakinan diri.

Tapi sebenarnya tak susah pun! Jom lihat lima tip penjagaan kulit untuk lelaki supaya kelihatan sihat dan glowing.

1. Mencuci muka dua kali sehari

Cuci pada waktu pagi sebelum melakukan aktiviti, kemudian pada sebelah petang atau malam selepas beraktiviti.

Seperti yang kita tahu, kulit wajah lelaki cenderung berminyak, kusam, berpeluh, dan mengalami masalah kulit yang lain.

Jika tidak dibersihkan, timbunan kotoran akan bertambah sehingga muka mudah dihinggapi bintik hitam, jerawat malah mengalami iritasi.

2. Guna produk penjagaan asas (basic)

Rangkaian penjagaan kulit memang banyak, bermula daripada pencuci muka, toner, serum, krim siang dan malam, pelindung matahari (sunscreen), topeng muka, dan macam-macam lagi.

Ia kelihatan agak rumit dan tidak semua lelaki mampu konsisten melakukan kesemua rutin penjagaan kulit wajah.

Usah risau... buat lelaki yang mahukan rutin ringkas, cukup amalkan penggunaan pencuci muka, toner, serum, krim siang dan malam serta pelindung matahari.

pic 2

Tidak hanya wanita, lelaki juga perlu menggunakan sunscreen lebih-lebih lagi bagi yang aktif beraktiviti di luar.

3. Jangan lupa sunscreen

Fungsi pelindung matahari (sunscreen) antara lain mengatasi kesan buruk pendedahan cahaya matahari, mengurangkan risiko penuaan, mencegah bintik hitam dan hiperpigmentasi.

Penggunaan sunscreen dilakukan selepas menggunakan rangkaian penjagaan kulit dan muka mestilah dalam keadaan bersih.

Sebaiknya, pelindung matahari digunakan pada waktu pagi atau petang untuk mengurangkan risiko sinaran matahari. Terutama bagi lelaki yang sering bekerja di kawasan lapang, penggunaan pelindung matahari tidak boleh diabaikan!

4. Buat eksfoliasi wajah

Lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Tujuan eksfoliasi (pengelupasan) adalah untuk memaksimumkan pembersihan sel kulit mati dan pori-pori, terutamanya yang tidak dapat dibersihkan dengan pencuci muka.

Eksfoliasi bukan sahaja mampu membersihkan wajah hingga ke liang pori secara menyeluruh, malah menjadikan kulit kelihatan lebih licin, cerah, kurang kusam dan lebih sihat.

Tapi ingat, jangan terlebih kerap pula kerana ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi nipis akibat penghalang kulit (skin barrier) yang rosak dan menyebabkan iritasi.

pic 3

Kesilapan memilih produk penjagaan wajah boleh mendatangkan kesan buruk kepada kulit muka.

5. Pilih produk yang sesuai

Setiap lelaki mempunyai jenis kulit yang berbeza, ada yang berminyak, ada yang kering, atau mungkin gabungan kedua-duanya.

Memilih produk penjagaan kulit mengikut jenis dan keperluan kulit anda boleh menjadikan wajah kelihatan lebih sihat.

Jika anda hanya memilih produk dan tidak mengambil kira keperluan kulit, maka prestasi produk penjagaan kulit tersebut tidak akan optimum.

Selain itu, masalah juga timbul jika pemilihan produk penjagaan kulit tidak sesuai mengikut jenis kulit yang mana boleh memburukkan lagi keadaan kulit wajah anda. Semoga bermanfaat! - Wolipop.detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain