suria

Jangan buat hal ikat langsir macam pocong! Mari belajar cara-cara DIY pengikat ‘curtain’ guna bahan terpakai

Terdapat cara mudah mengikat langsir supaya kelihatan lebih cantik.

SEHARI dua ini berlegar-legar semula sekeping foto lama menunjukkan kain langsir daripada sebuah kediaman yang pernah viral suatu ketika dulu.

Bukan corak, warna atau potongan yang menjadi perhatian, sebaliknya cara ikatan yang kelihatan agak menyeramkan.

Mana tidaknya, ikatan langsir berwarna putih itu kelihatan tak ubah seperti pocong atau jenazah yang dikafankan.

Jadi bagi mengelakkan perkara sama berulang, apa kata anda belajar teknik untuk menghasilkan pengikat langsir daripada Noi Chntiq Curtain.

Antara alatan digunakan untuk menghasilkan pengikat langsir.

Dengan kaedah ini, kita dapat membuat gubahan yang cantik mengikut citarasa diri sendiri.

Bahan-bahan:

1. Kepingan CD (compact disk)

2. Penyepit (chopstick)

3. Tali reben

4. Gam

5. Gunting

6. Jarum

7. Benang

Susunan cara membuat pengikat langsir mengikut turutan gambar.

Cara membuat:

1. Potong bahagian tengah CD membentuk bulatan seperti dalam gambar.

2. Lilit CD dengan reben sehingga melitupi semua dan gamkan dengan kemas. Ketepikan.

3. Ambil chopstick dan lilitkan dengan tali reben dengan kemas.

4. Sebelum digam, serikan bahagian hujung chopstick dengan ikatan reben atau aksesori.

Terdapat pelbagai jenis pengikat langsir di pasaran.

Perkongsian Noi ini cukup menarik untuk dicuba apatah lagi ia agak menjimatkan.

Selepas ini anda tidak perlu lagi berhabis wang ringgit membeli pengikat langsir dengan harga tidak masuk akal.

Bagi golongan suri rumah yang suka menukar langsir kediaman, anda pastinya teruja untuk menghasilkan pengikat langsir buatan sendiri (Do It Yourself) melalui tip mudah ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain