suria

5 pakaian wajib dimiliki setiap lelaki... ringkas tapi seksi, pasti ramai tergoda!

Pemilihan pakaian yang menampilkan sisi seksi seseorang jejaka akan menyerlahkan keyakinan mereka. Foto: Instagram Iwonhoyou.

BAGI kebanyakan lelaki, mereka bagaikan 'mati akal' untuk mencari idea fesyen.

Malah, sebahagian besar kaum Adam beranggapan mereka tidak mempunyai banyak pilihan dan sering mengulangi fesyen sama sepanjang masa.

Kali ini, mStar senaraikan 10 pakaian simple yang wajib ada dalam wardrobe setiap lelaki untuk menjadikan mereka lebih seksi dan berkeyakinan tinggi.

1. Baju hitam kosong

Kosong bukan sebarang kosong, sebaliknya baju t-shirt hitam kosong mampu membuatkan seseorang lelaki kelihatan hot dengan cara yang effortless.

Untuk lebih 'garang' dipandang, apa kata gayakan baju hitam kosong dengan seluar denim, cermin mata hitam mahupun topi.

mode2

Baju hitam kosong wajib dimiliki setiap lelaki dalam koleksi pakaian mereka. Foto: Instagram Shawn Mendes.

Gaya santai ini akan menyerlahkan sisi ringkas si pemakai, pada masa sama ia memberi kelebihan buat jejaka yang berkulit cerah.

2. Seluar kelabu

Bagaikan menjadi fenomena hari ini, kebanyakan lelaki suka memakai sweatpants berwarna kelabu untuk menyerlahkan gaya santai dan sporty.

Selain dipakai untuk aktiviti riadah, ia juga boleh digayakan untuk aktiviti kasual seperti keluar lepak di kedai mamak atau berjalan-jalan ke pusat beli-belah pada waktu malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki! Jangan pakai seluar dalam sembarangan, ketahui bentuk badan untuk tampil lebih menarik dan seksi

Jika mahu menggayakan sweatpants kelabu, ia pasti kelihatan lebih seksi dengan saiz yang tidak terlalu ketat, bagi menyerlahkan elemen 'baggy' yang turut menjadi trend fesyen hari ini.

3. Seluar kargo

Seluar kargo kembali menjadi kegilaan ramai hari ini. Padankan dengan t-shirt grafik vintage dan sepasang sneakers, ia pasti akan 'mengangkat' gaya anda untuk kelihatan lebih menarik pada pandangan mata umum.

mode3

Seluar kargo semakin menjadi kegilaan dalam kalangan jejaka hari ini. Foto: Shein Asia.

Selain itu, kaum Adam juga boleh menggayakan seluar kargo dengan baju lengan panjang untuk gaya kasual mereka pada hari cuti hujung minggu.

4. T-shirt grafik

Sebagaimana t-shirt hitam kosong mampu membawa sisi personaliti berbeza untuk lelaki, baju dengan grafik seperti band terkenal turut menjadi kegilaan masa kini.

Baju dengan grafik band seperti Rolling Stone, ACDC, dan Nirvana boleh didapati dengan mudah di kedai pakaian mahupun platform dalam talian.

mode4

Kemeja flannel membantu anda untuk tampil bergaya dengan effortless. Foto: Shein Asia.

Harganya juga tidak begitu mahal, mungkin boleh didapati dengan harga serendah RM20!

5. Kemeja flannel

Jika mahu sedikit ekstra, jejaka di luar sana boleh menggayakan t-shirt kosong dengan padanan kemeja flannel. Ia ringkas, mudah, tetapi mampu menambah elemen tarikan pada gaya santai anda.

Sesetengah lelaki turut selesa membawa gaya ini untuk ke pejabat sekiranya kod pemakaian syarikat mereka tidak begitu ketat.

T-shirt kosong yang dilapiskan dengan kemeja flannel boleh dipadankan dengan seluar panjang atau pendek, mengikut situasi serta lokasi keberadaan ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain