suria

DIY pelitup muka sendiri! Callie Lab Pop-up beri pengalaman berbeza

Pengunjung boleh memilih dan cipta set pelitup muka mereka sendiri.

WAJIB atau pun tidak, penggunaan pelitup muka sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat dunia sejak pandemik Covid-19 melanda dunia dua tahun lalu.

Sejak itu, pelbagai jenama dan gaya pelitup muka tampil di pasaran bagi memberi peluang kepada pengguna memilih gaya yang sesuai dengan citarasa mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Shopping sambil cuci mata dan berhibur! The LINC KL meriah habis sepanjang Ramadan, Syawal

Mempelopori inisiatif ini, jenama pelitup muka premium, Callie tampil dengan menggabungkan gaya yang diilhamkan oleh industri fesyen dengan penggunaan bahan diperakui kaedah sainstifik terkini bagi mencipta perlindungan yang bergaya!

Pengarah Uurusan Rentas Health, Kelly Teoh berkata, sejajar dengan peralihan fasa endemik, pihaknya sentiasa mencari kaedah baharu untuk tampil dengan produk terkini dalam memberi perlindungan optimum kepada pengguna.

file7knrxvrz4mebit7s2wm

Callie didatangkan dalam pelbagai warna, bentuk untuk semua peringkat umur.

Jelas Teoh, pasukan Callie bertungkus lumus mereka bentuk pelitup muka yang mengambil kira faktor gaya hidup kontemporari dan paling penting bergaya dan mampu melindungi pengguna.

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, Teoh berkata, jenama itu memperkenalkan koleksi Callie Raya iaitu pelitup muka yang selesa, bergaya dan didatangankan dengan pelbagai pilihan warna serta mematuhi standard yang ketat.

Ini termasuklah pelitup headloop yang direka khusus bagi hijabista sofistikated; pelitup muka respirator KF 94 untuk keselamatan peringkat tinggi yang estetik dan pelitup muka sterilisasi kendiri yang dilapisi lapisan Quantum Resonance Copper untuk perlindungan tertinggi.

Kesemua pelitup ini tersedia dalam pelbagai warna termasuk ForEvergreen, Rule the Night & Neutral Beige yang mudah digabungkan dan disuaikan dengan fesyen raya, menjadikan sesi berfoto bersama teman dan keluarga cantik dan sempurna.

file7knry2b63141lr1e62wm

Cipta set pelitup muka anda sendiri.

Bagi memberi pengalaman membeli pelitup muka yang luar biasa, Callie turut mengadakan pelbagai pameran dan aktiviti menarik iaitu Callie Lab Pop-up bertempat di The Starhill, Kuala Lumpur.

Pada pameran itu, Callie menampilkan kepada umum bahan bergred tinggi yang digunakan untuk setiap pelitup muka melalui sebuah dinding fabrik yang mana pengunjung boleh melihat, menyentuh dan merasai sendiri komponen fabrik tersebut.

Tidak hanya itu, sebuah terowong disediakan untuk menyerlahkan pelbagai warna yang digunakan selain galeri untuk menerangkan pelbagai teknologi dan inovasi pelitup muka Callie.

Apa lebih menarik, pengunjung boleh pilih dan cipta set pelitup muka mereka sendiri termasuk kioks foto disediakan untuk pelawat bergambar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain