suria

Dah cuba bermacam cara, jambang tetap tak tumbuh... 5 perkara ini mungkin penyebabnya!

Ramai lelaki yang ingin menyimpan jambang tetapi tidak berhasil.

JIKA rambut sering disebut sebagai mahkota wanita, jambang pula adalah lambang kelelakian dan kematangan mereka.

Tapi bukan semua lelaki mampu membela jambang dan ia berbeza bagi setiap lelaki sehingga ada yang sanggup menggunakan pelbagai krim serta kerap mencukur kerana percaya cara itu akan menggalakkan proses pertumbuhan jambang.

Kenyataannya, bercukur tidak mempengaruhi akar rambut di bawah kulit dan tidak juga menjadi penyebab bulu tumbuh pada wajah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada kata air mani bagus untuk hilangkan jerawat dan cegah penuaan... Ini penjelasannya!

Terdapat lima sebab mengapa ada lelaki tidak mempunyai bulu pada wajah, sehingga mereka terlepas peluang membela janggut atau jambang.



Ramai lelaki percaya kerap mencukur boleh melebatkan janggut.

1. Genetik

Ketebalan janggut boleh ditentukan oleh faktor genetik. Jika bapa atau abang anda memiliki janggut yang tebal, maka kemungkinan besar anda juga akan mengalami perkara sama.

Androgen adalah kumpulan hormon di sebalik sifat maskulin seperti perubahan suara yang garau dan kemampuan menumbuhkan bulu pada wajah.

Enzim dalam tubuh yang disebut 5-alpha reductase mengubah hormon androgen testosteron menjadi hormon lain yang disebut sebagai dihidrotestosteron (DHT).

2. Umur

Seorang lelaki mengalami peningkatan pertumbuhan bulu pada wajah sehingga usia mencecah 30 tahun dan selepas itu prosesnya akan menjadi perlahan.

Jika anda masih berusia awal 20-an atau remaja, kemungkinan janggut akan terus menebal sehingga mencapai usia itu.

3. Etnik

Faktor etnik dapat mempengaruhi pertumbuhan bulu pada wajah. Lelaki di negara Eropah lebih cenderung mempunyai janggut yang tebal berbanding di negara lain.

Dalam sebuah kajian dilakukan pada 2016, lelaki di China memiliki pertumbuhan bulu pada wajah lebih rendah berbanding lelaki di negara lain.



Terdapat pelbagai faktor yang berkaitan pertumbuhan janggut pada lelaki.

4. Alopecia areata

Alopecia areata adalah keadaan di mana tubuh menyerang folikel rambut. Keadaan ini dapat menyebabkan rambut di kepala dan janggut rapuh.

Tidak ada ubat untuk alopecia areata tetapi doktor biasanya akan memberi beberapa pilihan untuk merawat masalah itu.

5. Tahap testosteron rendah

Dalam beberapa kes, testosteron rendah mungkin menjadi penyebab kepada pertumbuhan bulu pada wajah yang tidak subur.

Lelaki dengan tahap testosteron yang rendah biasanya tidak mempunyai bulu pada wajah dan turut memberi kesan kepada perkara lain seperti dorongan seks yang rendah, kesukaran membina otot, peningkatan lemak pada tubuh dan sebagainya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain