suria

“Dia baring kat sofa dan nak tanggal pakaian... panas katanya” - Kakak tak sanggup lihat perubahan adik kena sihir

Sebagai seorang kakak, Nuraini mengakui tak sanggup melihat perubahan adiknya yang dipercayai terkena sihir. (Gambar sekadar hiasan)

"AIR dicincang tidak akan putus," itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan hubungan adik beradik yang akan kekal selamanya.

Mana tidaknya, bergaduh teruk macam mana sekali pun, lambat atau cepat pasti akan berbaik semula. 

ARTIKEL BERKAITAN: Meracau setiap kali malam Jumaat… Mohd Fitri tak sangka disihir kawan sendiri!

Seorang pengguna Twitter, Nuraini Badarudin bercerita mengenai adik perempuannya yang dipercayai terkena sihir sejak Oktober lalu. 

Menurut Nuraini adik perempuannya, Rohani, 15, berubah sepenuhnya selepas menunjukkan banyak perlakuan pelik yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Melihatkan keadaan terkini adiknya, anak ketiga daripada lima orang adik beradik ini berasa kesal kerana tidak menghargai Rohani sebelum ini. 

Perkongsian Nuraini mengenai adik perempuannya yang dikatakan terkena sihir di Twitter.

Nuraini atau selesa disapa Aini mengakui dia rindu untuk melihat keceriaan adiknya yang dulu. 

"Kalau imbas balik, saya rasa menyesal dan sedih sebab tak hargai adik perempuan saya sebelum ni. Kami selalu gaduh, cakap pun kasar-kasar, senang cakap memang saya tak pernah mengalahlah. Tapi sekarang saya nak sangat lihat dia yang dulu. 

"Dia dulu seorang yang suka keluar jalan-jalan dengan kawan, suka naik motor, main Instagram, edit video... itu semua antara perkara yang dia selalu buat tapi sekarang dia dah berubah, mungkin perlukan masa untuk pulih sepenuhnya," katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, segala-galanya bermula apabila Rohani menangis tanpa sebab pada suatu malam.

"Tak ada alasan, tiba-tiba je nangis. Kami sebagai keluarga fikir mungkin dia ada masalah, sebab tu dia menangis," katanya.

Nuraini turut menyenaraikan beberapa perlakuan pelik Rohani sebelum mengetahui yang adik perempuannya terkena sihir. 

Nuraini kesal tidak menghargai adik perempuannya sewaktu dia masih sihat.

Katanya, selepas menangis tanpa sebab mereka sekeluarga sekali lagi berasa hairan apabila Rohani mandi memakai pakaian basah. 

"Pada malam kedua, kami pelik sebab dia mandi dengan pakaian... macam tak sedar apa yang dia buat. Lepas tu, dia baring kat sofa dan nak tanggal pakaian dia. Kami yang pantau pergerakan dia pun halanglah... panas katanya. 

"Masa malam ketiga, dia cakap merapu dari pagi sampai ke malam. Dua minggu berterusan macam tu. Memang syaklah 'benda' tu ada dalam badan. 

"Dia tak boleh tidur dan langsung tak berak selama dia sakit tu. Kencing pun cuma beberapa kali. Pernah sekali badan dia keras sampai nak pakaikan baju pun, dua tiga orang kena uruskan," ujarnya. 

Tambah remaja kelahiran Pahang ini, adiknya sudah mendapatkan rawatan perubatan Islam sebanyak tiga kali. 

Malah, Rohani juga dibawa ke hospital untuk mengenalpasti sama ada dia mempunyai tekanan perasaan atau pun tidak, tetapi doktor mengesahkan dia tidak ada sebarang penyakit. 

Nuraini rindu melihat adik perempuannya ceria seperti dulu.

"Lepas kami tengok dia asyik menangis, kami pun bawa dia ke hospital. Tapi doktor cakap dia tak sakit dan tak ada sebarang penyakit. 

"Dari situlah kami terfikir nak bawa dia berubat rawatan Islam. Tiga ustaz juga kami rujuk. Ada seorang ustaz tu siap suruh pantang tak benarkan adik saya sentuh kopi dan tukar nama gelaran," tambahnya. 

Kata Nuraini selepas mencuba pelbagai alternatif, Rohani kini semakin pulih dan boleh menguruskan dirinya sendiri. 

Rohani dilihat menunjukkan perubahan positif sejak 14 Disember selepas menjalani rawatan perubatan Islam. 

Dari situlah kami terfikir nak bawa dia berubat dengan rawatan Islam. Dekat tiga ustaz juga kami rujuk. Ada seorang ustaz tu siap suruh pantang tak benarkan adik saya sentuh kopi dan tukar nama gelaran.

NURAINI BADARUDIN

KAKAK

Namun, Nuraini sedih kerana sedikit sebanyak memori adik perempuannya hilang dipercayai akibat kesan sihir yang mengganggu urat saraf Rohani.  

"Alhamdulillah, adik saya dah boleh tidur malam, dah kurang meracau. Sekarang pun dia dah boleh pakai pakaiannya sendiri.

"Sekarang adik saya dah OK cuma kesan daripada sihir tu, memori dia macam lost, lagipun ustaz cakap mungkin ada benda yang kacau urat saraf dia," katanya.

sihir, adik

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak