suria

[V] Ramai cuba buat aksi lekat pensel di dinding... Bukan magis, tapi ini jawapannya daripada sudut sains

Cikgu itu menunjukkan bagaimana pen atau sebarang objek boleh melekat pada dinding.

TULAR di media sosial tentang skil pensel 'melekat' pada dinding hingga mencetuskan persoalan tentang bagaimana ia boleh berlaku.

Di tengah-tengah kekeliruan itu, seorang guru Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dari Sabah tampil memberikan penjelasan mengikut sudut sains.

Menurut pendidik yang menggunakan nama Sensei Sabahan di TikTok, trik atau helah ini bukan magik, sebaliknya bergantung kepada hukum geseran melalui penerangan fizik.

Jelasnya dalam satu hantaran video [Tonton Video], permukaan dinding yang kasar dan mempunyai pori-pori kecil memainkan peranan penting.

Apabila pensel atau pen digesek dengan laju pada dinding, ia menghasilkan sedikit 'habuk' yang menjadikan kawasan tersebut lebih kesat.

Kemudian, apabila pensel ditekan pada permukaan berkenaan, tekanan itu membantu pensel masuk sedikit ke dalam pori dinding sekali gus meningkatkan geseran sehingga ia kelihatan seolah-olah 'melekat'.

Dalam masa sama, guru tersebut menasihatkan supaya tidak melakukan eksperimen ini pada dinding sembarangan, terutama dinding kelas atau bangunan awam kerana ia boleh meninggalkan kesan kotoran.

Artikel Lain