RUANG yang sesak dengan barang atau 'sampah senyap' sebenarnya mempengaruhi ketenangan diri.Menurut seorang wanita yang aktif berkongsi tip kediaman di TikTok dikenali sebagai Sri Hartini, dia mengingatkan bahawa rasa serabut di rumah sering berpunca daripada beberapa item yang kita simpan tanpa sedar. Menurutnya, barang lama, rosak dan tidak digunakan tetapi masih disimpan boleh menjejaskan keselesaan ruang dan memberi tekanan mental.Antara sampah senyap yang kerap ditemukan di rumah tanpa disedari ialah:1. Kotak atau kotak kasutKotak kosong sering disimpan dengan alasan untuk kegunaan masa depan, namun akhirnya hanya memenuhi ruang.2. Kasut lamaAda yang rosak, tidak selesa dipakai atau sekadar dibiarkan berhabuk di rak tanpa digunakan.3. Periuk nasi rosakPeralatan yang kononnya mahu dihantar untuk dibaiki tetapi terus tersimpan dalam kabinet.4. Pinggan melamin lamaPinggan sumbing atau sudah tidak digunakan lagi tetapi masih disimpan kerana sayang untuk dibuang.5. Pakaian tidak dipakaiBaju lama, tidak muat atau sudah rosak yang hanya mengambil ruang namun tidak lagi memberikan fungsi.Hartini menegaskan bahawa walaupun lima kategori barang ini kelihatan kecil, ia boleh menyebabkan rumah kelihatan semak dan membuatkan minda cepat penat.Katanya, konsep minimalis bukan bermaksud membuang semua barang, tetapi menyingkirkan apa yang tidak diperlukan supaya barang penting mendapat ruang yang sepatutnya.Wanita itu menggalakkan orang ramai meninjau sekeliling rumah dan mengenal pasti 'sampah senyap' yang boleh dilepaskan hari ini demi suasana yang lebih teratur dan menenangkan.