INSIDEN tercekik tulang ikan ketika makan merupakan situasi yang kerap berlaku, namun ia boleh mendatangkan masalah lebih serius sekiranya tidak ditangani dengan betul.
Dalam menghadapi keadaan ini, terdapat beberapa langkah yang perlu dielakkan namun memerlukan tindakan segera seperi dikongsikan pakar bedah dikenali sebagai Dr Fahkrul Radzi di Facebook.
Terdapat empat perkara yang perlu dielakkan sekiranya situasi ini terjadi kepada anda.
1. Jangan telan nasi yang digenggam atau dikepal mahupun makanan kasar kerana tindakan ini boleh menolak tulang lebih dalam pada dinding tekak atau esofagus.
2. Elakkan minum air banyak tanpa kawalan kerana ia tidak membantu sekiranya tulang memang tersangkut.
3. Jangan cuba mengorek tekak dengan jari kerana boleh menyebabkan luka dan jangkitan.
4. Jangan biarkan tanpa rawatan kerana tulang tajam berisiko menyebabkan keradangan atau komplikasi serius.

Berhati-hati ketika makan ikan goreng yang boleh menyebabkan anda tercekik tulang. -Gambar hiasan AI
Bagaimanapun, terdapat enam langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi insiden yang berlaku ini.
1. Berhenti makan dan bertenang bagi mengelakkan panik.
2. Cuba batuk kuat untuk membantu menolak tulang keluar.
3. Periksa mulut dengan lampu suluh dan jika kelihatan serta boleh dicapai, keluarkan menggunakan pengepit bersih.
4. Kumur atau minum air garam suam untuk melegakan otot tekak.
5. Makan pisang atau marshmallow bagi membantu 'menarik' tulang keluar.
6. Telan roti lembut atau roti disapu mentega kacang sebagai pilihan makanan melekit.
Sekiranya semua tip ini tidak berhasil, segera dapatkan rawatan di hospital dengan berjumpa doktor.
1. Rasa tulang masih tersangkut selepas 12 hingga 24 jam.
2. Mengalami sakit tekak teruk atau bengkak.
3. Sukar bernafas atau menelan.
4. Rasa menikam dalam tekak, sakit dada atau keluar darah.


