suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru nak melaram, tapi geram baju Melayu berbulu... Ada cara mudah ‘settle’, guna satu alat je!

Tular di media sosial beberapa foto dikongsikan mengenai pakaian raya mereka yang berbulu.

SETIAP kali menjelang Aidilfitri, pasti ramai kaum Adam teruja dan tidak sabar untuk bergaya dalam persalinan baju Melayu lengkap bersamping pada 1 Syawal.

Namun, banyak rungutan mengenai kualiti sebahagian baju raya yang dibeli, dengan rata-ratanya meluahkan rasa kecewa apabila baju tersebut dikatakan cepat berbulu walaupun dibeli pada harga ratusan ringgit.

Lebih menyedihkan, ia berlaku dalam masa hanya beberapa jam selepas dipakai pada hari raya pertama.

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, seorang pelayar di laman X, DeanOrDean mendedahkan seluar berbulu bukan disebabkan kualiti fabrik yang digunakan tetapi kerana hujung samping tajam, ketika ia dipakai sebagai aksesori bersama baju Melayu.

Selain itu, terdapat kemungkinan samping percuma yang diberikan jenama tertentu ini tidak berkualiti, sekali gus menyebabkan jahitan tersebut merosakkan seluar berkenaan.

Gunakan pencukur untuk membuang bulu tersebut.

Bukan sekadar berkongsi tentang punca berlakunya perkara tersebut, dia turut memberi jalan penyelesaian untuk menangani masalah kain berbulu.

Cara menyelesaikannya cukup mudah, katanya pertama sekali anda perlu menarik seluar tersebut supaya berada dalam keadaan tegang.

Kemudian, ambil pencukur (shaver) atau pisau lalu mencukur bulu tersebut secara perlahan-lahan sehingga kelihatan lebih rapi.

Jika diteliti di ruangan komen, ternyata ramai bersetuju dengan pendapat bahawa samping adalah punca yang menyebabkan seluar atau baju Melayu yang dipakai menjadi berbulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain