suria

Tanda-tanda kucing sedang nazak... Kenali perubahan si bulus supaya lebih bersedia

Kucing peliharaan kita juga akan jatuh sakit dan meninggal dunia suatu hari nanti

BAGI pencinta kucing, haiwan berkenaan sudah pasti menjadi sebahagian daripada hidup mereka.

Hakikatnya suatu hari nanti haiwan yang sangat penyayang, manja dan comel ini juga akan meninggalkan kita.

Kelibat dan keletahnya bakal dirindui seperti ahli keluarga sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing obses dengan manusia? Ada sebab mengapa si bulus asyik menempel dengan tuannya

Namun tahukah anda bahawa si bulus ini bijak menyembunyikan kesakitannya daripada tuannya supaya tidak menimbulkan kegelisahan?

Bagaimanapun ini panduan untuk anda dalam mengenal pasti tahap kesihatannya yang semakin merosot dengan lebih awal supaya dapat memanjangkan tempoh kualiti masa bersama.

Feb-2019-sudden-weigtht-loss-600x321

1. Kehilangan berat badan dengan mendadak

Kucing senior sangat sinonim dengan penurunan berat badan. Hal ini berpunca daripada faktor usia kucing daripada segi penurunan jisim otot dan kurang selera makan untuk membentuk protein.

Ada kalanya kucing anda makan seperti biasa namun beratnya masih lagi menurun dengan ekstrem. Sesetengah kucing tua atau sakit akan menjadi sangat kurus, di mana tulang rusuk, tulang belakang, dan tulang pinggul kelihatan sangat menonjol.

Cachexia adalah kanser yang menurunkan berat badan kucing secara mendadak.

Malah kucing yang menghidap hipertiroidisme dan penyakit buah pinggang kronik juga akan menghadapi penurunan berat badan secara mendadak.

Portrait of a cat peeking out of a dresser drawer.

2. Lebih gemar bersembunyi

Bersembunyi merupakan tanda kucing sedang sakit yang sangat ketara tetapi susah untuk ditakrifkan. Hal ini kerana kebanyakan kucing suka bersembunyi namun, anda perlu kenal pasti kekerapan ia bersembunyi.

Jika kucing anda sedang sakit, ia lebih suka bersembunyi dengan lebih lama di tempat persembunyian baru.

Dengan cara ini, mereka menghabiskan banyak masa dengan berehat tanpa diganggu oleh tuannya. Malah, habit ini dapat membuatkan tuan si bulus tidak dapat mengesan kucingnya yang sedang sakit.

cat-is-not-eating-4579814-01-783f3000633e48e695a3d4f8a9bb33fa

3. Tidak makan

Sama seperti manusia, kucing juga tidak mahu makan apabila sedang sakit. Beberapa ubat akan membuatkan si bulus hilang selera makan sehingga mengganggu deria rasa dan bau kucing dan keadaan itu membuatkan ia kurang makan.

Semakin dekat dengan kematian, kemungkinan kucing anda langsung tidak akan makan.

Oleh itu cuba untuk ubah pemakanannya dengan menambah jus tuna supaya dapat meningkatkan bau makanan sekaligus boleh membuatnya tertarik untuk makan.

how-to-tell-if-your-cat-is-sick

4. Perubahan dalam kelakuan

Kucing akan menunjukkan perubahan yang mendadak dalam kelakuannya apabila hayatnya sudah dipenghujung. Kelakuannya akan berbeza dengan sangat ketara.

Sesetengah kucing suka menyendiri, meragam dan akan lebih menyakitkan hati tuannya. Kemungkinan hal ini berlaku disebabkan kesakitan atau cognitive dysfunction. Sedangkan kucing yang normal lebih suka mendekati tuannya dan menjadi lebih mesra dan manja.

Bagi kucing yang menghidap cognitive dysfunction, sama seperti penyakit demensia yang dialami oleh manusia. Ia lebih gemar meronda di dalam kawasan rumah pada waktu malam dan selalu sesat di dalam kawasan yang sudah biasa sebeluum ini.

breathing-difficulties

5. Pernafasan yang tidak normal

Jantung kucing dikawal oleh otot dan saraf. Kucing yang sedang sakit mungkin menghadapi masalah pernafasan yang tidak normal. Pernafasan si bulus ketika sakit menjadi naik turun pada bila-bila masa dan ada kalanya ia berhenti bernafas untuk jangka yang pendek dan mula bernafas kembali.

Antara tanda sukar bernafas adalah dengan bernafas melalui mulut, merenggangkan kepala dan leher, dan pergerakan abdominal yang kuat semasa mereka tengah bernafas.

Jika kucing anda mempunyai simptom di atas, ini merupakan kecemasan!

Ia sedang bergelut untuk mendapatkan oksigen dalam badan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Bapa Qi Razali meninggal dunia