suria

Ketahui 4 ciri tanaman hiasan tak cukup air... ini fakta penting mengenainya

: Setiap tanaman memerlukan penyiraman air untuk mengelakkan kelayuan atau mati.

TANAMAN hiasan tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat kini yang serba modn, malah ada yang menjadikan menanam pokok dan bunga sebagai hobi dan kerjaya.

Bagaimanapun, seseorang yang menanam bunga perlu tahu kaedah merawat bunga tanaman dan risiko yang mungkin berlaku jika bunga jarang di siram.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik, banyak kegunaan... apa kata cuba 4 langkah mudah tanam bunga telang

Ini kerana, menyiram adalah salah satu rawatan paling mudah dan penting untuk memastikan tumbuhan dalam rumah hidup. Semasa menyiram, air yang diberi mestilah dalam kuantiti yang mencukupi tidak lebih atau kurang.

Bagaimanapun, terdapat beberapa ciri tanaman hiasan kekurangan air, termasuklah;

1. Daun layu

Daun atau bunga tanaman hiasan menjadi layu merupakan ciri-ciri klasik yang disebabkan oleh kekurangan air.

Ianya kerana pemilik kurang memberi air mengakibatkan sel dan jaringan di dalam tanaman menjadi kaku.

Walaupun punca kelayuan tumbuhan boleh disebabkan oleh penyakit, faktor utama masih dipengaruhi oleh keperluan air yang tidak mencukupi.

2. Tanah kering

Selain manusia, tumbuhan hiasan juga terdedah kepada dehidrasi sehingga tanah menjadi kering dan keras.

Jika tanah di sekeliling tumbuhan anda kelihatan kering hingga retak, kemungkinan besar ia memerlukan lebih banyak air.

Tetapi pengecualian untuk succulents dan kaktus, kerana jenis ini tidak memerlukan banyak air disamping ia boleh menyimpan kandungan air dengan baik.

3. Hujung daun kering dan mati

Ciri lain tumbuhan hiasan kekurangan air ialah tahap air dihujung daun mengering malah ada yang menguning.

Apabila tumbuhan tidak mendapat air yang mencukupi, bahagian tepi daun terdedah kepada kekeringan dan menjadi coklat.

Atas dasar itu, jika dibiarkan, akhirnya seluruh daun tanaman hiasan tersebut akan bertukar keperangan seperti terbakar dan mati berguguran.

4. Pertumbuhan perlahan

Tanaman hiasan yang jarang disiram sangat mempengaruhi pertumbuhannya sehingga menjadi lebih perlahan.

Bukan itu sahaja, kemarau akibat kekurangan air menyukarkan tumbuhan untuk merangsang pertumbuhan daun baru.

Berbeza dengan tumbuhan yang diberi bahagian air yang mencukupi, ia cenderung mudah tumbuh dan kelihatan sihat selain daunnya yang bertambah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain