suria

Bayangkan yang indah... tip tertidur dalam 2 minit cecah 6 juta tontonan di TikTok, mahu cuba? 

Tidur sangat penting untuk menjaga kesihatan.

ADAKAH anda sukar untuk tidur pada waktu malam sejak pandemik Covid-19 melanda? Tenang, anda bukan berseorangan dalam hal ini malah kajian menunjukkan bahawa ramai orang mengalami masalah insomnia ketika ini.

Terdapat pelbagai faktor yang menjadi penyebabnya bermula dari terlalu lama duduk di rumah, serangan rasa cemas hingga kurang melakukan aktiviti.

ARTIKEL BEKAITAN: Nak tidur lebih nyenyak... penderita insomnia wajib cuma 5 teh herba ini

Baru-baru ini, tular di laman sosial TikTok tentang sebuah video yang memberi tip tertidur hanya dalam tempoh dua minit yang dikongsi oleh seorang pelatih kecergasan dikenali sebagai Justin Agustin.

What-Is-Deep-Sleep

Bayangkan pemandangan yang tenang untuk mudahkan tertidur.

Menurut Justin, 96 peratus orang yang melakukan tip itu boleh tertidur hanya dalam waktu dua minit sejurus selepas memejamkan mata.

Video itu sehingga kini mendapat tontonan hampir enam juta sejak ia dimuat naik ke platform itu.

Tip tertidur dalam hanya masa dua minit

Justin menerangkan bahawa teknik itu banyak digunakan oleh tentera bagi membantu mereka tertidur dengan lebih mudah bahkan ketika di medan perang yang mungkin bising dan bukan suasana sesuai untuk tidur.

Untuk membolehkan tertidur dalam tempoh dua minit, Justin menjelaskan terdapat dua proses penting yang perlu dilakukan iaitu mengosongkan fikiran dan membayangkan senario menyenangkan.

Kedua-dua proses ini membantu untuk melepaskan beban fikiran sekaligus membuatkan tubuh menjadi lebih rileks.

Tidur 2

Kosongkan fikiran dan bayangkan perkara indah boleh buatkan seseorang tertidur dengan lebih mudah.

"Anda boleh membayangkan suasana hijau yang tenang dengan langit biru jernih. Anda juga boleh membayangkan sedang baring di tempat tidur dengan berlatarbelakangkan pemandangan laut dengan bunyi desiran air.

"Ia cukup membantu untuk lebih mudah tertidur dalam tempoh dua minit," katanya.

Jelasnya, menerusi cara itu, fikiran akan melayang kepada perkara lain dan ketika cuba bernafas dengan tenang sebelum anda tertidur.

Sementara itu, Now This News pula melaporkan untuk benar-benar tertidur dalam tempoh dua minit, seseorang itu perlu berlatih teknik itu secara rutin setidak-tidaknya selama enam minggu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain