suria

Ada kaitan deria bau dan pendengaran... 5 perkara ini menakutkan si bulus!

Kucing cukup takut dengan bunyi petir dan guruh.

KUCING adalah sejenis haiwan yang mempunyai deria bau dan pendengaran yang kuat. Ia mampu memberi reaksi pantas terhadap sesuatu rangsangan dengan cara aneh dan menunjukkan rasa takut.

Rasa ketakutan si bulus boleh timbul terhadap bunyi hingga bau yang menyengat hidung mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Lena ke pengsan? Ini 5 sebab kenapa kucing anda tidur lebih lama dari biasa

Berikut adalah beberapa perkara yang amat ditakuti kucing dan boleh membuatnya berasa tertekan.

1. Bunyi guruh dan petir

Bunyi guruh dan petir boleh menakutkan kucing dan biasanya ia akan melarikan diri dan menyorok sama ada di bawah sofa atau tempat terlindung untuk menyelamatkan diri.

Ketika itu berlaku, jangan cuba mendekatinya dan biarkan ia menyorok kerana ia membuatkan si bulus berasa selamat dan menenangkan diri.

2. Bau

Pasti ramai yang pernah melihat reaksi kucing ketika ia diberikan durian, bukan? Ia nampak lucu apabila ia melarikan diri tetapi sebenarnya deria bau kucing 14 kali ganda lebih kuat berbanding manusia.

Kucing tidak menyukai bau yang menyengat hidung mereka seperti durian, jeruk dan sebagainya. Atas sebab itu juga, kucing akan menanam najisnya sendiri kerana sensitif dengan baunya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

3. Bahan kimia

Serbuk pencuci baju atau pembersih lantai atau penyembur serangga mempunyai bau yang kuat selain ia amat sensitif kepada kucing.

Bagi yang membela kucing di rumah, sebaik-baiknya cara produk tanpa pewangi atau organik kerana bau daripada bahan kimia itu boleh mendatangkan masalah kepada pernafasan kucing.

4. Anjing

Anjing adalah haiwan paling ditakuti kucing terutamanya yang berkeliaran di dalam wilayah mereka. Tahap tekanannya juga akan meningkat sehingga membuatkan ia boleh menyerang anjing.

5. Persekitaran baharu

Percaya atau tidak, kucing takut akan persekitaran baharu. Bukan itu sahaja, ia juga boleh berasa takut terhadap perabot baharu yang dibeli tuannya.

Ia boleh menjadi cemas, bersembunyi untuk tempoh yang lama serta hilang selera makan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain