suria

Penat mop lantai tapi masih kotor? Ada bahan di dapur yang mampu ubah segalanya

Campuran cuka dan air mampu mengilatkan lantai rumah anda.

CUKA tidak hanya dikenali sebagai penyedap makanan namun ia juga boleh digunakan sebagai bahan membersihkan rumah termasuk mengemop lantai.

Cuka putih berkemampuan membersihkan kuman yang terdapat pada permukaan lantai namun penggunaannya tidak boleh sembarangan serta terdapat cara yang betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemanasan global makin tidak terkawal... Anak Malaysia cipta penghawa dingin mesra alam pertama di dunia!

Jadi sebelum anda menggunakan cuka untuk mengemop lantai, ada beberapa perkara yang harus diketahui terlebih dahulu.



Terdapat pelbagai kaedah menggunakan cuka untuk jenis lantai yang berbeza.

1. Lantai porselin dan linoleum

Cuka sangat bagus untuk jubin keras dan mempunyai permukaan padat.

Cuka sangat bagus untuk ubin keras dan permukaan padat. Semakin pekat cuka, ia semakin efektif sebagai ejen pembersih lantai anda.

Tapi sebaik-baiknya, buat campuran dalam nisbah 50:50 antara cuka dan air, atau lebih banyak cuka berbanding air.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jika anda tidak menyukai bau cuka, rendamkan tuala ke dalam campuran itu, dan balut dengan tuala kering sebelum dilap ke lantai.

2. Lantai kayu dan seramik

Untuk lantai kayu dan seramik, paling baik adalah menggunakan kepekatan cuka yang lebih nipis. Perbandingan yang paling baik adalah secawan cuka bersamaan dengan tiga liter air.

Sifat asid cuka lebih berbahaya kepada dua permukaan ini yang akan meninggalkan kesan pada lantai.



Jangan campurkan cuka dengan peluntur.

Bagaimana jika anda tidak menyukai bau cuka?

Terdapat pelbagai alternatif boleh dilakukan sekiranya anda tidak menyukai bau cuka seperti menitiskan minyak essensial seperti lemon atau lavendar ke dalam larutan yang dibancuh untuk mengurangkan aroma cuka.

Paling baik adalah menggunakan buah-buahan segar seperti lemon, kulit limau atau limau nipis yang diperah ke dalam larutan cuka.

Hal yang perlu diperhatikan saat mengepel lantai dengan cuka

Jangan sesekali mencampurkan cuka dengan peluntur kerana ia akan menghasilkan bau yang beracun dan membahayakan kesihatan selain akan merosakkan lantai anda.

Cuka dan air adalah kombinasi paling selamat dan sekiranya ada kotoran degil, taburkan serbuk penaik dan gosok dengan tangan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain