suria

Bahaya! Ada sebab perlu elak si bulus main benang atau tali

kucing memang gemar bermain dengan tali atau benang.

BERMAIN jangan sampai membahayakan! Kucing juga mempunyai perwatakan sama seperti haiwan lain iaitu suka bermain untuk kekal aktif dan menghilangkan bosan.

Terdapat banyak jenis alatan permainan untuk haiwan kesayangan yang dijual di pasaran, jadi elak bermain dengan tali atau benang kerana ia ternyata membahayakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak pantang larang jaga anak kucing... Jangan sentuh seminggu pertama, elak si ibu abaikannya!

Carilah objek selain benang atau tali untuk bermain dengan si bulus anda biarpun ia merupakan suatu permainan yang sangat menyeronokkan.

Antara risiko boleh berlaku pada si bulus anda tatkala dia bermain dengan benang dan tali adalah;



Jika tertelan benang atau tali, ia boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan kucing.

1. Tersedak

Jangan tak tahu selain bermain, kucing sangat suka untuk makan atau mengunyah objek baru.

Hal ini boleh sebabkan si bulus anda tersedak mengunyah gumpalan benang lebih-lebih lagi ketika sedang seronok melompat-lompat.

Jika tiba-tiba melihat perubahan pada kucing anda seperti tersedak segeralah bawa berjumpa doktor haiwan untuk mengeluarkannya.

2. Masalah pencernaan

Sekiranya kucing anda menelan tali atau benang, ia boleh menyebabkan ia sukar dicernakan malah lebih teruk jika ia tersekat pada saluran penghadamannya.

Bukan itu sahaja, ia boleh mengakibatkan luka pada usus dan jangkitan yang boleh membawa maut.

3. Terbelit

Antara insiden yang boleh berlaku pada kucing adalah ia boleh terbelit pada leher, kaki dan ekornya yang boleh mendatangkan bahaya kepadanya.

Dalam kes terburuk, ia boleh menyebabkan kucing mengalami luka akibat ia cuba melepaskan diri daripada terbelit.

Jadi berhati-hati jika si bulus gemar bermain dengan tali, takut perkara tidak diingini berlaku tanpa sedar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain