suria

Nak tidur nyenyak? Apa kata terapkan 5 elemen ini dalam bilik anda

Bilik tidur yang cantik dan selesa boleh memberi kesan kepada kualiti tidur anda.

GANGGUAN tidur bukan hanya berpunca daripada masalah kesihatan sahaja malah persekitaran seperti suasana bilik tidur turut memainkan peranan penting.

Tahukah anda memiliki bilik tidur yang kemas dan cantik sememangnya dapat mempengaruhi mood dan kualiti tidur anda?

Bagi mendapatkan kesempurnaan yang diinginkan ia bukan bermaksud anda perlu mengeluarkan wang yang banyak, cukuplah sekadar menjadi kreatif dan rajin.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan asal boleh! Warna dinding bilik boleh pengaruhi mood dan tidur anda

Tentu sekali terlintas di fikiran anda bagaimana untuk mendapatkan suasana bilik tidur yang tenang dan nyaman dengan cara mudah.

Ikuti lima tip ini dalam mendapatkan suasana bilik tidur yang memberi anda keselesaan, ketenangan dan menyegarkan sepanjang masa;

1. Mengisi barang kesukaan

Bilik tidur anda citarasa anda. Hiasi dengan barang-barang kesukaan anda tetapi biarkan ia nampak kemas dan tersusun.

Jadikan bilik tidur anda sesuatu yang sangat dekat dengan diri dan memaparkan kehidupan anda. Contohnya, barang retro, aksesori tertentu, lukisan dan sebagainya.

2. Terapkan gaya moden

Kedua, anda boleh mendekorasi bilik anda dengan gaya moden. Gaya hiasan ini lebih sederhana dan cantik.

Bilik tidur moden ini ternyata mewujudkan minimalis dan direka untuk bersantai sahaja.

3. Pilihan warna dinding

Selain itu, pemilihan warna dinding juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi mood dan kualiti tidur.

Umumnya, ada warna-warna tertentu dapat membuatkan anda lebih tenang, mencipta suasana damai dan paling penting boleh membangkitkan semangat.

Antara warna yang disyorkan adalah warna putih, biru laut, kelabu atau warna tanah.

4. Penggunaan linen

Seterusnya, penambahan linen pula jelas dapat memberikan rasa produktif dan nyaman.

Linen seperti helaian, bantal, selimut, dan banyak lagi yang lembut mampu mengawal suhu dan daya tarikan luar biasa.

5. Cuaca sejuk

Terakhir sekali, cuaca bilik juga akan memberi kesan kepada anda seperti terdedah dengan suasana di luar rumah, penggunaan lampu tertentu sehingga menyebabkan bilik terasa panas.

Anda perlu berfikir bagaimana untuk mendapatkan cuaca bilik mengikut keselesaan agar dapat memberi perasaan segar sepanjang masa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain