suria

Lelaki bersuara 'macho' lebih cenderung berlaku curang? Itu kata kajian, betul ke?

Lelaki bersuara 'macho' memang boleh mencairkan hati wanita.

LELAKI yang mempunyai suara ala-ala 'macho' memang kedengaran lebih maskulin serta menarik perhatian.

Tapi sayangnya, lelaki dengan jenis suara ini lebih cenderung untuk berlaku curang terhadap pasangan mereka. Betul ke?

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati... membebel antara 5 perkara kecil penyebab hubungan renggang

Kajian yang dilakukan di China dan diterbitkan menerusi jurnal 'Personality and Individual Differences' mendapati lelaki bersuara macho ini lebih banyak berlaku curang berbanding lelaki bersuara halus atau feminin.



Suara yang macho adalah penarik kepada wanita.

Ia dilakukan berdasarkan tinjauan terhadap sekumpulan pelajar heteroseksual terdiri daripada 116 lelaki dan 145 wanita yang terlibat dalam hubungan intim untuk tempoh singkat.

Setelah merakam suara mereka bagi tujuan mengukur nada suara, mereka diminta menjawab soalan kemungkinan untuk tetap setia terhadap pasangan dalam skala 1 sehingga 7.

Meskipun pengkaji tidak menemui kaitan antara suara wanita dan perilaku, lelaki dengan nada lebih dalam dan berat bagaimanapun cenderung berlaku curang hasil daripada jawapan diberikan.

Lelaki dengan suara beroktaf rendah ini lebih meningkatkan status mereka dalam kalangan lelaki lain atau daya penarik daripada kaca mata seorang wanita.



Sikap curang boleh merosakkan sesuatu hubungan yang dibina.

Sebelum itu, sebuah kajian yang dilakukan pada 2013 juga mendapati kelakuan curang berkait rapat dengan nada ketika berbicara dan komitmen.

Disebutkan juga, semakin banyak lelaki itu bersikap curang, wanita sebenarnya lebih tertarik dengan lelaki jenis itu.

Tetapi kajian ini bukan melabelkan semua lelaki bersuara macho sebagai tidak setia sebaliknya kajian ini dilakukan terhadap beberapa faktor lain termasuklah koresponden masih belum mempunyai keinginan berkahwin atau mempunyai komitmen hubungan dalam tempoh jangka panjang.

Prespektif mereka terhadap hubungan cinta dan pernikahan juga berbeza berbanding lelaki dan wanita yang lebih berusia dan berpengalaman.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain