suria

Hati-hati... membebel antara 5 perkara kecil penyebab hubungan renggang

Perkara kecil yang dianggap tidak penting sebenarnya boleh membuatkan hubungan goyah.

APABILA menjalinkan sesuatu hubungan, pasti kita mengharapkan dapat menjalani kehidupan bahagia sehingga ke akhir hayat.

Bagaimanapun tanpa sedar, apabila sudah mencapai satu tahap kita akan terlupa untuk mengambil berat tentang perkara kecil yang boleh menyebabkan hubungan yang dibina retak.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lebih suka lelaki gempal? Nak tahu kenapa, ini 5 alasan saintifik

Terdapat lima 'perkara kecil' yang jarang diambil berat oleh pasangan yang sebenarnya mampu menggoyahkan sesuatu hubungan.

1. Telefon

Kebanyakan daripada kita memang tak dapat berenggang dengan telefon sehingga mengabaikan perkara lain.

Bagi yang tak sedar, akan menganggap ia perkara remeh tetapi ia cukup berisiko dalam sesebuah hubungan. Apabila terlalu mementingkan telefon daripada pasangan, tanpa disedari kita akan kurang berkomunikasi dengan mereka selain pasangan akan merasakan diri mereka tidak penting.

Sebaik-baiknya, letakkan had dalam penggunaan telefon terutamanya jika bersama pasangan atau di rumah.

2. Cemburu

Cemburu dalam hubungan biasanya berlaku kerana ada perasaan takut ditinggalkan selain merasakan diri mereka tidak sempurna di mata pasangan.

Untuk menghadapi situasi ini, sebaik-baiknya berkomunikasi dengan pasangan, bicara hati ke hati agar semua yang terbuku di dalam hati dapat diluahkan.

Jika dipendam, ia akan menyebabkan tiada lagi rasa sayang, percaya terhadap pasangan masing-masing yang akhirnya menjadikan hubungan hambar.

3. Membebel

Pasangan yang suka membebel sebenarnya telah mencipta satu jurang dengan pasangan serta perasaan tegang dalam hubungan.

Sebaik-baiknya jaga kata-kata yang ingin disampaikan, jangan membebel tentang perkara yang tidak masuk akal.

Tunggu waktu sesuai seperti selepas makan atau ketika sedang santai untuk berbincang atau mengadu tentang rasa tidak puas hati dengan tenang dan rasional.

4. Tidak hargai pasangan

Sukar untuk meluahkan kata-kata cinta atau mengucapkan terima kasih walaupun melibatkan perkara kecil boleh menjadi 'bekas' dalam hati pasangan.

Oleh itu, disiplinkan diri untuk lebih menghargai pasangan meskipun hanya perkara kecil.

5. Bertengkar menerusi mesej

Bertengkar menerusi mesej telefon tanpa bersemuka barangkali tanda anda sudah tidak peduli dengan apa bakal terjadi kepada hubungan yang dibina.

Jika ini berlaku, ia adalah petanda tidak bagus dan sekiranya masih ingin selamatkan hubungan itu, berjumpa secara bersemuka dan bincang tentang masalah dihadapi dengan tenang dan matang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain