suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum ada di pasaran, PlayStation 5 edisi khas bersalut emas bakal jadi rebutan

PlayStation 5 dalam versi salutan emas menjadi idaman ramai.

MESKIPUN tarikh penjualan Sony PlayStation 5 masih belum diumumkan, namun ramai sudah tidak sabar untuk memilikinya kerana ia item yang paling ditunggu-tunggu sepanjang 2020.

Bagaimanapun, sebuah syarikat berpangkalan di London, sudah memperkenalkan versi peranti itu dalam salutan emas.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 6 sebab mengapa anda perlu memiliki MatePad Pro!

Syarikat Truly Exquisite mendakwa akan melancarkan versi PlayStation 5 itu secara eksklusif apabila ia mula dijual di pasaran.

Bukan satu tetapi syarikat itu mendakwa akan melancarkan tiga versi peranti itu dalam bentuk 24K Gold, Platinum dan 18K Rose Gold.

Memandangkan ia akan dilancarkan secara eksklusif, hanya 100 unit sahaja akan dijual kepada pelanggan bagi setiap versi.



PlayStation 5 bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Tidak hanya peranti, syarikat itu turut menjual fon kepala sedondon dengan PlayStation 5 bagi yang ingin gaya lengkap ketika bermain permainan video popular itu.

Sehingga kini tiada maklumat mengenai harga yang dikenakan bagi edisi khas itu namun Truly Exquisite telah pun membuka pra-tempahan.

Sementara itu, Sony dalam satu kenyataan, memaklumkan hanya akan membenarkan satu unit dibeli oleh setiap pelanggan dan pihaknya dijangka mengeluarkan 10 juta unit peranti itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
PlayStation 5, Sony, Peranti, Hobi

Artikel Lain