Ada 6 sebab mengapa anda perlu memiliki MatePad Pro!

Huawei MatePad Pro sebuah tablet mewah dengan pelbagai fungsi canggih sesuai dengan gaya hidup terkini.

SEMENJAK dunia dilanda wabak Covid-19, ramai di antara kita perlu bekerja daripada rumah bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan sekiranya berada di luar rumah atau ke pejabat.

Di Malaysia sendiri, meskipun kes wabak itu semakin menurun namun kebanyakan syarikat masih membenarkan kaki tangan bekerja dari rumah sebagai langkah keselamatan.

Atas sebab itu juga, ramai di antara kita yang mula berhasrat untuk membeli komputer riba atau tablet bagi memudahkan urusan kerja pejabat di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ringan macam sehelai kertas! MatePad Pro tampil dengan penuh gaya, banyak ciri istimewa

MatePad Pro mungkin boleh dipertimbangkan - sebuah tablet mewah dengan pelbagai fungsi canggih sesuai dengan gaya hidup terkini keluaran jenama terkenal Huawei.



Selain spesifikasinya, tablet ini turut datang dalam rekaan dan aksesori menarik.

Maka tidak hairan ia mendapat jolokan sebagai ’A tablet I cannot live without’!

Apa yang menarik sangat tentang MatePad Pro? Banyak fungsi yang ditawarkan termasuk spesifikasinya yang hebat selain didatangkan dengan Android UI versi terbaharu dan reka bentuknya yang menawan.

Malah ada lima sebab lain mengapa anda perlu memiliki MatePad Pro dalam kadar segera!



MatePad Pro memudahkan urusan kerja anda di rumah.

1. Prestasi dan fleksibiliti MatePad Pro

Bagi yang menggunakan tablet ini untuk menyelesaikan kerja-kerja pejabat, ketahuilah anda boleh menukar paparannya kepada mod PC di mana ia akan berfungsi hampir sama seperti komputer riba yang lain. Hebat, bukan?

Ia sekaligus menjadikan pelbagai tugas anda lebih mudah meskipun bekerja daripada rumah. Tidak cukup dengan itu, ia sangat fleksibel dan didatangkan dengan teknologi lain seperti pengambilan nota suara, perkongsian skrin dan ciri Multi-Window.

Tak cukup? MatePad Pro juga mempunyai pengecasan terbalik 7.5W - yang pertama untuk sesebuah tablet selain ia serasi dengan kebanyakan peranti lain.



Ia datang dalam skrin berukuran 10.8 inci yang memberikan pengalaman visual terbaik.

2. Kepuasan Visual

Sudah tentu, kepuasan visual antara yang akan kita titikberatkan sebelum membeli sesuatu tablet - dan MatePad Pro mementingkan tentang kebimbangan tersebut.

Ia didatangkan dengan Huawei FullView Display berukuran 10.8 inci yang dapat memberikan kesan visual yang jelas dan sinematik bagi memberi kepuasan dan keseronokan ketika melakukan kerja atau menonton video.

Bimbang ia merosakkan mata anda? Jangan bimbang, skrin itu juga dapat mengurangkan cahaya biru yang berfungsi melindungi mata daripada pedih dan sakit.



Huawei M-Pencil menyerlahkan kreativiti anda.

3. Serlahkan kreativiti anda tanpa had!

Huawei MatePad Pro didatangkan dengan Huawei M-Pencil serta papan kekunci magnetik bagi membolehkan anda meningkatkan pengalaman menggunakan tablet itu.

Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk mencatat nota penting tetapi juga membuat lakaran idea. Cengkaman yang kemas serta stylus to screen yang lancar menjadikan ia ciri luar biasa dan istimewa tablet itu.

Tidak perlu disimpan secara berasingan atau dalam lubang di tepi peranti, M-Pencil boleh disimpan di sisi tablet yang dicengkam oleh magnet - ia membolehkan anda mencapai dan menggunakannya pada bila-bila masa.

4. Pengalaman pembesar suara yang luar biasa!

Bagi yang suka mendengar muzik atau membuat panggilan video, MatePad Pro dilengkapkan dengan empat pembesar suara dan ia diseleraskan dengan kebolehan fungsi mengurangkan pencemaran bunyi dan tuning Harmon Kardon.

Ia memberikan pengalaman audio pada tablet yang cukup luar biasa tambahan pula dua daripada pembesar suaranya diletakkan pada bahagian atas tablet sementara dua lagi berada dibawahnya.

Bunyi yang dihasilkan cukup jelas dan tajam selain menawarkan bunyi bass dan ia barangkali jauh lebih baik berbanding memakai fon kepala.



Terdapat pelbagai pilihan aplikasi di Huawei AppGallery.

5. Huawei AppGallerry

Persoalan yang paling utama bagaimana aplikasi boleh berfungsi memandangkan ia tidak lagi didukung oleh Google Play?

Meskipun aplikasi seperti Gmail, Facebook, Instagram dan lain-lain tidak terdapat dalam MatePad Pro, namun terdapat cara lain untuk memuat turun semua aplikasi popular itu - Ini termasuklah membukanya menerusi browser dalam bentuk desktop.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Huawei kerana terus mengemas kini aplikasi terbaharu dalam Huawei AppGallery bagi kemudahan pengguna.

Sebenarnya sudah terdapat pelbagai aplikasi yang sudah mula boleh dimuat turun.

Bagi model MatePad Pro 5G, ia turut dilengkapi dengan Huawei Kirin 990.

6. Didatangkan dalam tiga varian termasuk 5G!

Terdapat beberapa varian untuk tablet ini. Sudah tentu, model paling berpatutan adalah tanpa slot kad SIM dan hanya didatangkan dengan kemudahan Wi-Fi sahaja bagi memudahkan sambungakan internet.

Ia juga didatangkan dalam varian 4G dan 5G tetapi bergantung kepada keperluan anda. Bagi model 4G, ia boleh memasukkan kad SIM dan ia dapat berfungsi seperti telefon pintar.

Bagi 5G, ia dilengkapi dengan HUAWEI Kirin 990 5G, chipset berprestasi terbaik yang memberi penggunaan kuasa lebih rendah.

Huawei MatePad Pro sudah pun berada di pasaran dan dijual pada harga bermula RM2,399. Ia turut didatangkan dalam harga pakej, RM2,898 dilengkapi Huawei M-Pencil dan Smart Magnetic Keyboard.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Huawei MatePad Pro atau produk lain, layari www.huawei.com.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain