Masih sedap mata memandang... Wow! Ini 10 personaliti lelaki 'mengancam' walau usia lebih 40 tahun - Figura | mStar

Masih sedap mata memandang... Wow! Ini 10 personaliti lelaki 'mengancam' walau usia lebih 40 tahun

Datuk Hans Isaac, Rashidi Ishak dan Datuk Rosyam Nor antara figura yang sudah melepasi usia 40 tahun namun masih diterima baik dalam kalangan peminat. Foto Arkib THE STAR

KETIKA ini mungkin nama seperti Syafiq Kyle, Fattah Amin, Syukri Yahaya mahupun Alvin Chong sedang menjadi kegilaan bukan sahaja kerana bakat mereka tetapi rupa paras mereka yang kacak.

Tetapi masih banyak selebriti yang sudah melepasi usia 40 namun tetap kelihatan dashing! Bak kata orang putih, the older they get, the more we like them!

Siapa yang boleh lupa wajah kacak Datuk Eizlan Yusof, Datuk Rosyam Nor atau pun Rashidi Ishak ketika mereka masih muda? Well, walaupun sudah berusia masing-masing mengancam dan masih seksi!

Figura minggu ini akan menyenaraikan 10 selebriti lelaki yang berusia lebih 40 tahun yang masih sedap mata memandangnya. Siapa yang paling kacak, anda buat keputusan!

1. Datuk Rosyam Nor - 52 tahun

Siapa tidak kenal dengan Datuk Rosyam Nor! Memulakan karier lakonannya menerusi filem Gila-Gila Remaja, ia sekali gus telah melonjakkan namanya dalam bidang seni lakonan.

Sepanjang 34 tahun kariernya sebagai pelakon, Rosyam sudah membintangi lebih 50 buah filem selain ratusan drama dan telefilem sehinggakan dia diberi gelaran 'hero Malaya'. Selayaknya!

Walaupun sudah melepasi usia separuh abad namun pesona Rosyam tetap menjadi pujaan ditambah wajahnya yang kekal awet muda dan segak membuatkan dia antara pelakon menjadi sebutan dalam kalangan peminat sehingga ke hari ini.

2. Qi Razali - 42 tahun

Jalan-Jalan Cari Makan dan Destinasi Bajet barangkali antara program yang telah menaikkan nama Qi Razali dengan aksi lincah dan bersahajanya ketika mengendalikan kedua-dua rancangan itu.

Ramai juga jatuh hati dengan Qi yang memiliki wajah 'babyface' namun siapa sangka anggota kumpulan OAG itu sudah pun berusia 42 tahun!

Pemilihan fesyennya yang sentiasa mengikut peredaran zaman membuatkan Qi sentiasa tampak muda dan tidak dimakan usia. Ehem... Yang penting Qi masih single. Wink!


3. Tony Eusoff - 42 tahun

Kontroversi melibatkan pelakon kelahiran Kuching, Sarawak ini sehingga terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 8 bulan di Singapura pada 2016 tidak pernah mematahkan semangat juangnya sebagai anak seni.

Selesai tempoh hukumannya, Tony tidak tunggu lama untuk kembali merancakkan karier seninya dan kemunculannya menerusi teater muzikal Ola Bola baru-baru ini bukti auranya masih berbisa.

Siapa boleh tolak untuk melihat wajah redup Tony dan paling penting setiap wataknya pasti akan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

4. Rashidi Ishak - 45 tahun

Apabila mengumumkan perceraiannya dengan aktres Vanidah Imran selepas 18 tahun berkahwin baru-baru ini nama Rashidi Ishak kembali melonjak!

Malah Rashidi mendedahkan pernah menerima 300 mesej di Instagram yang kebanyakannya memberi kata-kata positif kepadanya.

Letak ke tepi soal itu, sejak kembali menduda, Rashidi nampak semakin dashing dengan susuk tubuh langsing kesan daripada bergiat aktif dalam larian marathon sejak dua tahun lalu.

Malah anggota kumpulan Dead Mushroom yang popular sekitar tahun 2000 ini kini mengorak langkah dalam bidang perniagaan.

5. Datuk Ramli MS - 61 tahun

Siapa pun tidak dapat menafikan aura figura yang satu ini setiap kali kamera tertumpu ke arahnya dalam memberikan komen pedas kepada peserta program realiti.

Itulah pengarah muzik Datuk Ramli MS yang terkenal dengan karakter seriusnya menjadikannya kelihatan mengancam dan seksi dalam caranya tersendiri!

Walaupun sejak muncul sebagai juri program Gegar Vaganza, sisi humor suami kepada penyanyi Datin Alyah itu mula dapat dilihat hasil usikan dua pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse setiap minggu.

Penonton mula 'jatuh cinta' dengan figura berpengaruh itu yang rata-rata berpandangan Ramli seorang yang charming dalam caranya tersendiri. Setuju?

6. Aaron Aziz - 43 tahun

Nama pelakon Datuk Aaron Aziz tidak perlu diperkenalkan lagi malah antara aktor berkaliber dengan pesonanya yang tersendiri.

Walaupun sudah memiliki tiga cahaya mata ketia menembusi scene lakonan di Malaysia namun auranya cukup kuat dalam menarik perhatian peminat terhadap pesonanya sebagai hero Malaya alaf baru.

Tidak hairan Aaron menjadi buruan produser filem dan drama selain bergelar duta puluhan produk.

Karisma Aaron sudah pasti akan membuatkan dia bakal bertahan lama sebagai salah seorang bintang bersinar dalam dunia lakonan Malaysia.

7. Edika Yusof - 52 tahun

Jika disebut tentang hero filem tempatan era 90-an nama Edika Yusof pasti antara yang tersenarai walaupun kelibatnya selepas membintangi filem Maria Mariana pada 1996 lenyap ketika namanya di kemuncak.

Well, 20 tahun kemudian siapa sangka Edika kembali membuat kemunculan sebagai pelakon dan ramai terkejut aktor itu masih tampak kacak walaupun usianya sudah mencecah 52 tahun.

Seperti mana zaman kegemilangannya sebagai pelakon dan model pada era 1990-an, Edika masih mempunyai aura tersendiri membuatkan kemunculan semulanya diterima baik peminat yang merindukannya. Welcome back!


8. Hans Isaac - 48 tahun

Rasanya sejak berita pelakon dan penerbit Datuk Gerald Hans Isaac diumumkan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), mesti ramai bersemangat nak mengetahui tentang agensi kerajaan itu.

Bukan sahaja kacak, Hans mempunyai karisma tersendiri dan berkaliber (dan masih single) yang sangat sesuai menyandang jawatan itu dalam membawa industri perfileman ke tahap lebih tinggi.

9. Anuar Zain - 49 tahun

Perempuan mana tak cair kalau tengok Anuar Zain tersenyum yang menampakkan lesung pipitnya? Nak pula Anuar menyanyikan rangkaian lagu cinta seperti Lelaki Ini, Keabadian Cinta jiwa pasti tersentuh dek kerana kelunakan suaranya sampai rasa ingin kembali bercinta.

Karismanya sebagai seorang penyanyi cukup menyerlah sehingga membuatkan ramai terbuai apatah lagi memandang wajahnya yang kacak. Okay play Sedetik Lebih.


10. Bront Palarae - 41 tahun

Siapa sangka pemilik nama sebenar Nasrul Suhaimin Saifuddin ini yang bermula dengan watak kecil menerusi drama Mat Nor Kusyairi and the Velveboys pada 2000 kini adalah seorang pengarah dan penerbit.

Malah filem terbitannya, One Two Jaga baru-baru ini memenangi enam trofi pada Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM30) termasuk kategori Filem Terbaik.

Bakat dan pesonanya juga semakin berkembang di peringkat antarabangsa apabila Bront pernah membintangi filem Jepun, Redemption Night termasuk beberapa filem di Indonesia seperti Headshot, My Stupid Boss, Pengabdi Setan dan Ayat-Ayat Cinta 2 selain Halfworlds untuk siaran HBO.

Artikel Lain