suria

Kajian mendapati cuka epal bantu usaha kurus, ketahui cara pengambilan betul dan selamat

Cuka epal didakwa mampu menurunkan berat badan. -Gambar hiasan

PERNAHKAH anda mendengar bahawa cuka epal boleh membantu menurunkan berat badan? 

Dalam era media sosial yang dipenuhi pelbagai petua 'kurus' segera, bahan ini kembali popular sebagai 'ramuan ajaib' dalam usaha membantu menurunkan berat badan.

Ramai individu mendakwa berjaya mengurangkan berat hanya dengan mengambil cuka epal secara konsisten sebelum makan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Usah takut makan ‘cheese’, rupanya mampu kurangkan risiko strok dan penyakit jantung... Tapi ada cara pengambilannya

Tetapi, sejauh manakah keberkesanannya dan adakah ia selamat?

Terdapat beberapa kajian yang menyokong dakwaan ini, sebagai contoh yang diterbitkan dalam Journal of Functional Foods.

Hasil kajian mendapati bahawa peserta yang minum satu sudu besar cuka epal bersama makan tengah hari dan makan malam, serta mengurangkan pengambilan 250 kalori sehari, berjaya mengurangkan sehingga empat kilogram dalam masa 12 minggu.

Apple of my eye-An afternoon with Washington Apples. GLENN GUAN/The StarCuka epal boleh dicampurkan dalam dressing salad bersama minyak zaitun. -Gambar hiasan

Namun harus diingat, untuk mendapatkan manfaat maksimum dan mengelakkan kesan sampingan, ada cara pengambilannya.

Cuka epal tidak boleh diminum terus dalam bentuk tulen. Pakar pemakanan mencadangkan:

1. Campurkan satu hingga dua sudu besar (15–30 ml) cuka epal ke dalam segelas air (kira-kira 240 ml).

2. Minum campuran ini 15 hingga 20 minit sebelum makan berat, dua kali sehari.

3. Jika anda baru mencuba, mulakan dengan satu sudu teh dahulu setiap hari, dan tingkatkan secara beransur-ansur.

Selain diminum, cuka epal juga boleh dimasukkan ke dalam diet anda melalui cara lain yang lebih 'mesra' sistem penghadaman, seperti:

1. Campurkan ke dalam dressing salad bersama minyak zaitun.

2. Tambahkan ke dalam smoothie atau sayur-sayuran kukus.

Come rain or shine, runners from around the world brave the ever-constant 9am start to race to the finish line at one of the 2,500 Parkruns across 23 countries. - HandoutSenaman dan pemakanan adalah dua perkara penting dalam proses menurunkan berat badan. -Gambar hiasan

Untuk pengetahuan, cuka epal bersifat sangat berasid.

Jika diminum tanpa dicairkan, ia boleh menyebabkan kerengsaan tekak, merosakkan enamel gigi, malah pengambilan berlebihan juga boleh menyebabkan sakit perut, loya atau kembung.

Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti ulser perut atau gastroparesis, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan pengambilan cuka epal secara berkala.

Kesimpulan, jangan teralu menganggap cuka epal sebagai penyelesaian ajaib untuk kurus tanpa mengubah gaya hidup dan tabiat pemakanan. 

Apa yang paling penting, kejayaan diet yang sihat bergantung kepada gabungan pemakanan seimbang, senaman yang konsisten, dan gaya hidup yang sihat. -Wolipop

Artikel Lain