LUMRAH setiap wanita yang melahirkan anak, keadaan fizikal tubuh semestinya akan mengalami perubahan.
Tidak dinafikan, ramai yang struggle untuk mendapatkan kembali bentuk badan seperti asal yang lazimnya mengambil masa agak lama.
Bagi wanita yang melahirkan bayi menerusi kaedah pembedahan caesarean (czer), proses pemulihan fizikal adalah lebih mencabar berbanding kelahiran normal kerana memerlukan masa lebih lama untuk tubuh dan parut luka sembuh.
ARTIKEL BERKAITAN: Ambil makanan ini sejak hari pertama ‘datang bulan’, siapkan diri menjelang kitaran waktu subur seterusnya
Namun jangan gusar, ini beberapa cara untuk mengempiskan perut sebagaimana perkongsian laman Hello Doktor:
1. Kawal pengambilan kalori
2. Memilih hidangan sihat seperti yogurt, kekacang, buah-buahan, salad dan daging tanpa lemak.
Mengamalkan pemakanan yang sihat juga membantu mengurangkan berat badan. -Gambar hiasan
3. Melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki untuk meningkatkan kadar denyutan jantung dan peredaran darah.
4. Apabila sudah berada di fasa pemulihan yang selamat, boleh mulakan dengan senaman regangan yang mudah. Antara senaman yang boleh dilakukan:
- Gaya Sphinx: Meniarap, kemudian cuba angkat dada dan kepala beberapa inci dari lantai
- Gaya Bridge: Baring secara terlentang, bengkokkan lutut dan kemudian cuba angkat badan secara perlahan-lahan. Kekal dalam posisi ini untuk beberapa saat
- Senam aerobik
Senaman ringan yang bersesuaian juga dapat membantu menurunkan berat badan. -Gambar hiasan
5. Penggunaan belly wrap yang disyorkan oleh doktor untuk melindungi luka. Alat tersebut sebenarnya turut menawarkan manfaat lain, antaranya membantu 'mengetatkan' perut dan menghalang pembentukan sel lemak tambahan.
Namun perlu diingat, setiap wanita mempunyai tubuh berbeza dan secara tidak langsung, tempoh pemulihan juga berbeza antara satu sama lain.
Justeru, sebelum mencuba antara kaedah yang disyorkan di atas, anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya enam hingga lapan minggu selepas bersalin.
Paling penting, rujuk doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan implikasi yang tidak diingini.