RUTIN harian kita yang banyak menggunakan tenaga sama ada bekerja di lapangan mahupun suri rumah, pasti akan membuatkan badan mudah terasa lesu, lemau dan adakalanya sakit-sakit sendi. Berdepan situasi ini, alangkah seronoknya kalau dapat meluangkan masa untuk bercuti seketika ataupun merawat serta memanjakan tubuh di spa. Namun apabila memikirkan banyak komitmen yang menjadi kekangan, terpaksalah hasrat tersebut dikuburkan dahulu. Usah risau... anda boleh cuba memulihkan tenaga dari rumah sahaja dengan cara menghasilkan air minuman tenaga (booster) sendiri menggunakan halba. ARTIKEL BERKAITAN: Kulit cantik, payudara tegang, punggung mantap sapu minyak halba! Buat guna 2 bahan je, modal kurang RM10 Tak perlu mengeluarkan wang yang banyak pun, sebaliknya modal yang diperlukan mungkin tidak sampai RM10! Jom cuba buat air minuman tenaga sebagimana resipi yang dikongsikan Ainini Zainal di Facebook: Bahan-bahan yang diperlukan: 1) Halba 2) Serai 3) Kurma merah 4) Daun pandan 5) Gula merah atau madu Cara penyediaannya amat mudah. Masukkan kesemua bahan ke dalam seperiuk air dan rebus sehingga mendidih. Air minuman tenaga tersebut boleh diminum setiap hari ataupun apabila mempunyai keperluan. Selain itu, anda boleh juga cuba membuat air halba lemon madu yang juga berperanan untuk memberikan tenaga secara semula jadi. Cara penyediaannya juga mudah. Anda hanya perlu merendam halba di dalam secawan air panas selama kira-kira 10 minit, kemudian campurkan dengan sesudu madu dan perahan lemon. Air halba boleh diminum dengan cara merendam di dalam secawan air panas. Selain memulihkan tenaga, halba sememangnya diakui mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Gunakanlah halba sebagai ubat" (Qamus Al-Tibb) Minum air rebusan halba dengan madu secawan setiap hari dapat membantu: 1) Melancarkan haid 2) Menghilangkan kembung perut, sebu dan senak 3) Pencuci perut 4) Mengetatkan rahim 5) Menghilangkan lendir tekak dan sakit tekak 6) Mengatasi masalah kekurangan darah 7) Memperbanyakkan air susu ibu 8) Memelihara keseimbangan kadar hormon 9) Membantu menganjalkan kulit wajah 10) Merawat masalah sembelit dan buasir Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube