suria

Anak lelaki cakap di telinga kiri, perempuan pandang matanya! Wanita kongsi cara nasihat anak ikut jantina

Fazlina menggunakan pendekatan berbeza dalam mendidik anak-anaknya.

SETIAP anak dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan sendiri walaupun lahir dari rahim sama.

Justeru pendekatan berlainan perlu digunakan untuk mendidik dan menambat hati mereka.

Begitulah yang dilakukan Fazlina dalam usaha mendidik dan membesarkan anak-anaknya.

Sebagaimana dikongsikan, wanita ini menunjukkan dua kaedah berbeza dilakukan olehnya supaya anak-anak mendengar arahan dan nasihat.

Kaedah mendidik anak dikongsikan Fazlina di TikTok.

Anak lelaki

1. Memberikan pesanan dan nasihat di telinga sebelah kiri.

2. Peluk anak setelah selesai menitipkan pesan.

3. Usap bahagian atas di belakang kepala anak.

Anak perempuan

1. Bercakap sambil memandang tepat ke wajahnya dalam keadaan bertentangan mata.

2. Pandang mata anak sewaktu memberikan nasihat.

3. Peluk sambil usap belakang badan anak setelah memberikan nasihat.

Tangkap layar Fazlina memberi penjelasan mengenai teknik digunakan.

Dalam setiap pesanan diberikan, jangan lupa zahirkan kata-kata bahawa kita sebagai ibu bapa amat sayangkan mereka.

Setelah ditanya pelbagai soalan mengenai cara dan pendekatan yang dilakukan, Fazlina memuat naik video kedua untuk memberikan penjelasan.

Jelasnya, setiap anak memiliki jiwa yang berbeza maka tidak hairanlah pendekatan juga berlainan mengikut jantina.

“Macam anak lelaki, kita cakap dekat telinga dia. Masa cakap tu kita perlu berterus-terang dan jangan berkias-kias.

“Anak perempuan pula, apabila kita pandang mata dia akan suka. Dia rasa macam kita beri perhatian penuh. Anak perempuan suka perhatian dan manja,” katanya lagi.

Selain itu, tujuan kaedah ini dilakukan adalah untuk mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.

Malah, doa-doa anak soleh untuk ibu bapa mereka inilah yang bakal dibawa ke akhirat kelak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain