suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anda mungkin terkena Flurona ketika dijangkiti Covid-19, kenali gejala dan cara ubatinya

Flurona adalah keadaan dimana pesakit Covid-19 turut mengalami demam selesema.

FLURONA adalah keadaan yang berlaku ketika seseorang mengalami demam selesema dan jangkitan Covid-19 dalam pada masa sama.

Bagaimanapun virus demam selesema dan Covid-19 tidak bergabung menjadi penyakit baharu sebaliknya ia tetap merupakan dua jangkitan berbeza dan terpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Disaran ambil dos penggalak, boleh ‘campur’ vaksin pula... selamatkah suntik booster?

Cuma ia boleh berlaku dalam masa yang sama.

"Seseorang boleh mengalami kedua-dua penyakit itu dalam waktu yang sama," terang wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini.

Gejala Flurona

Demam selesema dan Covid-19 secara umumnya memiliki gejala hampir sama malah WHO menjelaskan kedua-dua penyakit itu menyerang saluran pernafasan.

https___specials-images.forbesimg.com_imageserve_61d5dc9f01b39b6e62034eaa_0x0

Gejala Flurona hampir sama dengan Covid-19.

Gejala Flurona termasuklah seseorang mengalami batuk, demam, sakit tekak, demam, sakit kepala dan menjadi lesu.

"Meskipun ia dua penyakit berbeza dan berlaku pada masa yang sama tetapi seseorang itu boleh mengalami gejala ringan atau lebih serius," kata wakil WHO itu lagi.

Terdapat pelbagai ubat ubatan yang boleh diambil pesakit bagi mengurangkan gejala Flurona namun penting untuk mendapat nasihat dan diagnosis tetap daripada doktor terlebih dahulu.

Bagi demam selesema, kebiasaannya ubat seperti paracetamol, ubat batuk dan antibiotik digunakan untuk mengurangkan gejalanya dan sekiranya gejala penyakit itu dan Covid-19 sekadar ringan, pesakit boleh kuarantin di rumah.

Namun begitu, bagi pesakit Flurona yang lebih parah, pesakit perlu dimasukkan ke hospital untuk pemantauan lebih teliti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain