suria

‘5 second rules’... Adakah selamat kutip makanan yang jatuh ke lantai?

Ada beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum mengutip makanan yang jatuh ke lantai.

FIVE second rules! Itu yang sering kita sebut ketika makanan yang dipegang tiba-tiba jatuh ke lantai, lalu mengutipnya dan makan seperti biasa.

Padahal, makanan yang sudah jatuh ke lantai berkemungkinan besar sudah tercemar dengan bakteria.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda penggemar minuman bertenaga? Ketahui 5 kesan buruknya untuk kesihatan

Jika difikir secara logik, semakin lama makanan itu jatuh ke lantai, maka semakin banyak bakteria yang bersarang di makanan tersebut.

Persoalannya, apakah five second rules itu cukup membuatkan bakteria mencemari makanan dan menyebabkan penyakit?

Kajian yang dilakukan pada 2016 yang diterbitkan menerusi Jurnal American Society for Microbiology menjelaskan bakteria boleh mencemari makanan yang terjatuh ke lantai bergantung kepada beberapa faktor, iaitu;

Jangan-Halang-Anak-Makan-Makanan-Yang-Jatuh-Di-Lantai

Kanak-kanak paling gemar mengutip makanan yang jatuh ke lantai.

1. Tekstur makanan

Jika makanan tersebut memiliki tekstur yang lembap atau berair seperti buah-buahan atau cokelat, maka pencemaran bakteria boleh terjadi dengan cepat.

Bahkan hanya dalam tempoh sesaat, bakteria seperti E.coli dan staph boleh melekat padanya. Namun jika makanan yang jatuh ke lantai memiliki tekstur kering seperti kuih-muih, maka five second rules itu masih relevan memandangkan bakteria mengambil masa untuk berpindah.

2. Permukaan lantai

Jika makanan jatuh ke lantai beralaskan karpet, maka anda masih boleh makan meskipun ia terjatuh dalam tempoh kurang lima minit. Sebabnya, serat karpet mampu menahan bakteria agar tidak menyerap ke dalam makanan.

Bagaimanapun, kita tetap harus berhati-hati jika makanan jatuh ke lantai jenis seramik kerana bakteria boleh berpindah dengan cepat.

Makanan Jatuh

Lokasi makanan jatuh juga perlu dipertimbangkan.

3. Lokasi

Lokasi makanan jatuh juga sangat penting. Jika makanan terjatuh di tempat yang tidak banyak dilalui orang, maka ia mungkin masih selamat tetapi jika sebaliknya adalah lebih baik makanan itu dibuang sahaja.

Jika ingin mengutip kembali makanan yang sudah terjatuh ke lantai, pastikan anda pertimbangkan tiga perkara tersebut terlebih dahulu.

Bagaimaanpun, adalah lebih baik tidak kembali mengutip makanan yang telah jatuh apatah lagi untuk diberikan kepada kanak-kanak. Jangan merisikokan kesihatan mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain