suria

Nitrus oksida tercemar cetus tragedi di Lubnan? Ketahui bahaya terlebih hidu 'gas ketawa'

Asap hitam masih kelihatan sehari selepas letupan di tempat kejadian.

LETUPAN dahsyat di Lubnan pada Selasa lalu bukan sahaja meragut puluhan nyawa malah membuatkan ruang udara kota Beirut tercemar dengan gas nitrus oksida atau N2O.

Atas sebab itu, orang ramai yang berada di kawasan tercemar akibat letupan itu diminta untuk tidak keluar daripada rumah selain mengenakan pelitup muka sepanjang masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan abaikan, ada sebab kuku berubah 5 warna ini... mungkin petanda anda perlu berjumpa doktor!

N20 adalah zat yang tidak berwarna dan tidak berbau yang juga dikenali sebagai gas ketawa.

Dalam keadaan tertentu, ia digunakan untuk meredakan rasa sakit atau ubat penenang dalam bidang perubatan namun gas bersifat sedatif ini juga boleh menyebabkan keracunan.



Gas beracun yang terhasil akibat letupan itu boleh membahayakan nyawa.

Kesan sampingan akibat menghirup N2O antara lain membuatkan seseorang berasa gementar, mual, pening kepala, muntah dan rasa sesak nafas.

Selain itu, beberapa orang juga boleh mengalami halusinasi dan gangguan suara selepas menghirup nitrus dioksida.

Meskipun ia kerap digunakan dalam bidang perubatan namun risiko terlebih dos jika terdedah dalam jumlah yang sangat besar seperti mana berlaku di Lubnan.

Tanda-tanda lebihan dos N2O adalah;

1. Kegatalan pada hidung, mata dan kerongkong

2. Sukar bernafas/sesak nafas

3. Kekejangan

4. Jari bertukar kebiruan



Letupan itu turut merosakkan bangunan di kawasan sekitar.

5. Gangguan rentak jantung

6. Halusinasi

Peningkatan tekanan darah juga boleh berlaku yang meningkatkan risiko angin ahmar dan serangan jantung. Ada juga kemungkinan seseorang yang terdedah kepada gas itu mengalami kerosakan otak.

Jika tidak ditangani segera, lebihan dos gas ini boleh juga menyebabkan koma dan kematian.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Lebnon, Gas, Nitrus Oksida, Beirut, Letupan, Racun

Artikel Lain