Ambil masa 2 hingga 4 hari untuk dihadam, tempe antara 5 makanan bantu pencernaan daging

Tahukah anda, daging merupakan salah satu makanan yang sukar dihadam oleh sistem pencernaan.

DALAM tempoh seminggu ini, pasti menu yang disediakan berkaitan daging sama ada lembu atau kambing memandangkan mendapat agihan daging korban.

Tapi tahukah anda, daging merupakan salah satu makanan yang sukar dihadam oleh sistem pencernaan. Atas sebab itu juga kita disarankan untuk tidak memakannya terlalu banyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan bau bawang putih? Cecair pencuci mulut, ubat gigi antara 5 cara hilangkan aroma melekat pada tangan

Ini kerana ia mengandungi protein dan lemak yang memerlukan waktu lebih lama untuk dicerna oleh sistem penghadaman manusia.

Secara puratanya, daging memerlukan di antara dua ke empat hari untuk dicernakan sepenuhnya oleh tubuh kita.



Ramai daripada kita menerima daging korban bersempena Aidiladha yang lalu.

Semakin lama tubuh perlu mencerna makanan, organ dalam badan juga perlu bekerja lebih keras dan ia mampu meningkatkan risiko penyakit berkaitan pencernaan seperti sembelit sehingga kanser.

Bagaimanapun terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu mempercepatkan proses pencernaan daging termasuklah;

1. Nanas

Nanas mengandungi enzim bromelain yang dapat memecah ikatan antara protein sehingga proses pencernaan berlaku dengan lebih cepat.

2. Betik

Selain nanas, betik juga dapat membantu tubuh mencerna daging dengan lebih baik. Ini kerana ia mengandungi enzim papain yang berfungsi mencerna protein.

Betik juga tinggi dengan kandungan serat yang mencegah perut daripada masalah kembung dan sembelit.

3. Yogurt

Makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt juga dapat membantu mempercepat proses pencernaan daging. Probiotik merupakan bakteria baik dalam saluran pencernaan yang dapat meningkatkan pencernaan sekaligus menjaga kesihatan usus.

4. Tempe

Tempe yang terhasil daripada fermentasi soya dapat meningkatkan penyerapan nutrisi pada daging. Proses pengawetan pada tempe membuatkan makanan ini juga mengandungi probiotik yang baik untuk sistem pencernaan.

5. Sayuran hijau

Aneka sayuran hijau juga baik dimakan bersama daging. Ia merupakan sumber serta yang paling baik dan mempercepatkan proses penghadaman.

Ia juga mengandungi magnesium yang dapat membantu masalah sembelit. Sayuran hijau yang baik untuk dimakan adalah seperti bayam, kangkung dan brokoli.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Sayuran, Daging, Nanas, Tempe, Yogurt

Artikel Berkaitan

Artikel Lain