suria

Wanita bukti gelaran ibu bukan penghalang rangkul anugerah Mrs Worldwide

Premila Subramanium dinobatkan Mrs Elegance.

DUA wanita dari Malaysia membuktikan status sebagai ibu tidak menghalang mereka untuk merangkul gelaran dalam Mrs Worldwide 2019 yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

Premila Subramnium berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik daripada 28 negara yang bertanding.

Ibu kepada dua orang anak yang bertugas di Brickfield Asia College ini dinobatkan sebagai Mrs Elegance.

ARTIKEL BERKAITAN: Perasaan tidak yakin boleh memudaratkan, ikuti 5 tip untuk lebih percayakan diri anda

Manakala seorang lagi, Khomahla Waney Sarangabani merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini pula merangkul gelaran Mrs Worldwide Special Queen Ambassador.

Waney Sarangabani yang bekerja sebagai pengurus sumber manusia menerima gelaran sebagai Queen of People’s Choice dan Mrs Millennium Worldwide.

Presiden Mrs Worldwide, Justina Quek berkata, pertandingan ratu cantik ini dianjurkan khas untuk wanita yang sudah berkahwin.

“Pertandingan ini bukan sahaja sekadar untuk kecantikan fizikal.

“Hanya kerana wanita-wanita sudah berkahwin, tidak bermakna mereka tidak boleh kelihatan cantik.

“Kami mahu melihat mereka berkongsi personaliti dan keyakinan dan dalam masa sama ini merupakan platform untuk bertemu dengan isteri-isteri lain di seluruh dunia,” ujarnya.

Antara negara lain yang turut menyertai pertandingan ini termasuk Vietnam, Belanda, Amerika Syarikat, India, Siberia, Jerman dan Filipina.

Ratu Cantik, Ibu, Isteri, Mrs Worldwide

Artikel Lain