suria

Israk Mikraj hadiah Allah atas kesedihan Rasulullah dibawa ke Sidratul Muntaha

Rasulullah diangkat naik dari langit pertama hingga ketujuh pada peristiwa Israk dan Mikraj.

KISAH perjalanan Baginda Rasulullah dari Kota Mekah ke Masjid Al-Aqsa merupakan perjalanan yang tidak masuk akal bagi mereka yang menggunakan akal semata-mata.

Ini kerana jarak perjalanan itu hampir 1,250 kilometer.

Disebabkan itu, ramai dalam kalangan orang yang beriman pada mulanya menjadi kufur disebabkan tidak percaya tentang apa yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah lebih-lebih lagi Baginda mengkhabarkan bahawa perjalanan tersebut hanya mengambil masa tidak sampai semalaman.

ARTIKEL BERKAITANKisah Umar batal hasrat ke Syam kerana wabak harus dijadikan contoh, doa mampu elak musibah

Jika kita hanya menggunakan logik akal semata-mata maka kita akan menolak dengan serta-merta sebarang pengkhabaran yang bertentangan dengan akal fikiran. Tidak ada yang mustahil bagi Allah bahkan semua yang Allah kehendaki jika Dia mengatakan jadi maka akan terjadi.

Firman Allah di dalam Surah Al-Israk ayat 1: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Pada awalnya Allah memerintah dirikan sebanyak 50 waktu, namun Rasulullah memohon agar dikurangkan sehinggalah perintah solat menjadi lima waktu sehari semalam seperti hari ini.

Peristiwa tersebut merupakan satu mukjizat besar yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad junjungan kita kerana belum pernah ada manusia di muka bumi ini yang melalui perjalanan seumpama itu.

Baginda bukan sahaja diperjalankan dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) bahkan Baginda Rasulullah telah diangkat sehingga ke Sidratul Muntaha yang mana melepasi langit ke-7.

Sebelum terjadinya peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah menghadapi banyak ujian yang sangat berat terutamanya tentangan hebat dalam usaha dakwah.

Antaranya Baginda diusir dan ditolak oleh penduduk di kota Thaif. Rasulullah juga kehilangan dua insan yang sangat disayangi dan sangat penting dalam hidupnya iaitu isteri kesayangan Baginda Siti Khadijah serta bapa saudara yang banyak membantu Baginda iaitu Abu Thalib.

Oleh itu Israk Mikraj merupakan hadiah dan sebagai imbalan daripada apa yang telah Rasulullah hadapi terutamanya pada tahun sama yang juga dikenali sebagai tahun kesedihan.

Baginda Rasulullah menerima perintah Allah S.W.T. untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.

Perintah itu diturunkan secara langsung oleh Allah kepada Baginda tanpa adanya perantaraan Malaikat Jibril seperti sebelum daripada ini.

Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka. -
[HR Bukhari 107]

Walaupun pada awalnya Allah memerintahkan didirikan sebanyak 50 waktu namun Rasulullah memohon agar dikurangkan sehinggalah perintah solat menjadi lima waktu sehari semalam seperti hari ini.

Perintah solat lima waktu ini sangat dipegang erat oleh Rasulullah dan Baginda sangat menitikberatkan kepada umat Baginda supaya tidak meninggalkan solat lima waktu kerana ia adalah tiang agama Islam dan kunci agar diterima segala amalan di dunia.

Jika kita perhatikan dan kita selami kisah ini maka kita akan dapati bahawa perintah solat adalah satu perintah yang sangat besar sehingga Allah menjemput nabi menerima sendiri suruhan untuk mengerjakan solat.

Disebabkan itulah terdapat banyak ayat yang mana Allah perintahkan supaya manusia sentiasa meminta pertolongan Allah dengan mengerjakan ibadah solat.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 45: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan kita yang cuba membuat amalan-amalan tertentu khususnya amalan pada hari Israk dan Mikraj.

Sesungguhnya peristiwa Israk Mijraj sangat penting dan besar kepada umat Islam.

Ini termasuklah dengan mengatakan bahawa puasa pada hari ke-27 di bulan Rejab ganjarannya sama seperti berpuasa 60 bulan dan jika disertai dengan sedekah pahalanya seperti puasa seribu tahun.

Tiada amalan puasa Israk dan Mikraj

Amalan berpuasa dan bersedekah itu sendiri tidaklah bercanggah dengan Islam tetapi apabila di kaitkan dengan amalan pada hari Israk dan Mikraj perlulah disandarkan kepada hadis nabi.

Ini kerana adalah mejadi kewajipan untuk kita mengetahui daripada mana kita perolehi amalan ini beserta fadhilatnya.

Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka. - [HR Bukhari 107]

Telah berkata Hafiz Ibn Hajar: Tidak ada kelebihan yang disebutkan oleh Nabi pada puasa khusus daripada hari-hari tertentu di dalam bulan Rejab dan juga Qiamulail yang khusus padanya.S sungguhnya peristiwa Isrk' dan Mikraj merupakan peristiwa yang sangat penting dan besar kepada umat Islam.

Maka seharusnya kita mempertingkatkan ibadah solat kita dengan lebih baik dan lebih khusyuk.

Banyakkan berselawat ke atas nabi dan berzikir memuji kebesaran Allah selain perbanyakkan solat sunat seperti ibadah pada malam hari.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan personaliti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook. 

Artikel Lain