Kaut pahala sedekah di bulan Syawal dengan 5 amalan ini!

Banyak amalan sedekah yang boleh dilakukan pada bulan Syawal.

RAMADAN baharu sahaja berakhir dan mudah-mudahan hajat kita untuk mendapatkan rahmat dan keampunan Allah akan dimakbulkan.

Jika pada bulan Ramadan kita banyak mengumpul pahala dengan melakukan amalan termasuklah bersedekah, di bulan Syawal juga aktiviti seumpama itu boleh terus dilakukan.

Tidak salah untuk menjadikan sedekah sebagai amalan kerana perbuatan itu akan menambahkan lagi rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN : Hati-hati… Aktiviti ‘tikam’ duit raya boleh jatuh haram

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Gua Hira dan wahyu pertama, "Bacalah..."

Biasanya pada bulan Syawal, orang menjadikan pemberian duit raya sebagai cara bersedekah tetapi ada lagi cara lain yang boleh dilakukan pada bulan mulia ini.

Pencetus Ummah (PU) Amin.

1. Duit raya

Kanak-kanak menjadi insan paling gembira setiap kali menerima duit raya.

Ia menjadi kemestian dalam kalangan masyarakat kita setiap kali tibanya hari raya. Selain diberi pada kanak-kanak, golongan lain yang layak juga berhak menerima duit raya.

Menurut PU Amin, kita juga boleh memberi duit raya kepada ibu bapa, fakir miskin, anak-anak yatim, orang uzur, golongan asnaf dan sebagainya.

2. Bertukar juadah

Amalan bertukar juadah boleh mengeratkan hubungan sesama jiran.

Bagi mereka yang hidup berjiran, amalan bertukar-tukar juadah bukanlah satu perkara yang asing.

Selain saling mencuba air tangan masing-masing, perbuatan bertukar juadah juga termasuk dalam amalan bersedekah.

Malah, ia juga boleh mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga.

Pada musim hari raya khususnya, setiap kediaman pastinya 'meriah' dengan pelbagai juadah dan hidangan, apa kata juadah itu dihulurkan juga kepada jiran-jiran.

3. Hadiah pakaian

Apa salahnya bersedekah pakaian kepada mereka yang memerlukan?

Selain diberi kepada ahli keluarga, kita juga boleh bersedekah pakaian kepada golongan miskin.

Jika tiada baju baharu sekalipun, boleh sahaja sedekahkan pakaian sudah dipakai yang masih elok kualitinya untuk golongan tersebut yang memerlukan.

Namun, janganlah pula diberi baju yang sudah lusuh dan rosak. Jangan lupa untuk menilai kualiti pakaian itu dahulu sebelum diberikan kepada orang.

4. Jaga rumah

Bagi mereka yang tidak dapat pulang beraya ke desa, mereka boleh tolong membantu untuk tengok-tengokkan rumah jiran tetangga.

Ini pun sudah menjadi satu sedekah. Mudah bukan? Jika ada unsur-unsur mencurigakan, cepat-cepat hubungi polis bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah.

Inilah fungsi kita sebagai jiran yang bermanfaat. Besar pahalanya apabila berbuat baik kepada jiran tetangga.

5. Ziarah dan bertanya khabar

Usah lepaskan peluang menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai pada hari raya.

Sinonim dengan hari raya, kita pasti akan menziarahi sahabat dan sanak saudara. Aktiviti ziarah juga sebahagian daripada perbuatan sedekah.

Sewaktu melawat kediaman mereka, jangan lupa untuk bertanya khabar.

Selain itu, hubungan persaudaraan juga akan menjadi semakin erat apabila kita saling ziarah menziarahi antara satu sama lain.

PU Amin, bersedekah, hari raya, Syawal

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain