HIDANGAN di restoran ada kalanya dirasakan lebih lazat berbanding yang dimasak sendiri di rumah. Terutamanya ketika menghirup lauk berkuah, sampai ramai tertanya-tanya apakah ramuan atau rahsia tukang masak di kedai? Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang suri rumah dikenali sebagai Fdlah Ila berkongsikan petua ayam masak halia yang pasti membuatkan sesiapa sahaja menjilat jari. Ini resipi yang dikongsikannya. Bahan-bahan: 1) Isi ayam yang sudah dihiris nipis 2) Cili kering yang sudah dipotong 3) Bawang merah yang dibelah enam 4) Bawang putih yang dicincang 5) Halia yang dihiris nipis secara memanjang, lebih banyak lebih sedap 6) Sos tiram 7) Serbuk lada hitam 8) Tepung jagung 9) Daun bawang yang sudah dipotong Sebagai peringatan, sediakan kuantiti bahan mengikut nisbah jumlah isi ayam. Bahan-bahan diperlukan untuk memasak ayam halia. Penyediannya: 1) Panaskan minyak, kemudian goreng cili kering sehingga garing. Selepas itu, angkat dan ketepikan 2) Dengan menggunakan minyak sama, goreng bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris tadi. Apabila sudah layu, terus angkat dan ketepikan. 3) Masih menggunakan minyak sama, goreng ayam seketika dan masukkan sedikit air, biarkan ia ditumis seketika. 4) Seterusnya masukkan sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam, kacau sehingga sebati. 5) Masukkan semula cili kering, bawang dan halia yang sudah ditumis tadi. 6) Tambahkan tepung jagung dengan sedikit air untuk memekatkan kuah. 7) Akhir sekali masukkan garam sebagai perasa dan kacau rata. Sebelum tutup api, boleh taburkan daun bawang. Siap! Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Fdlah Ila Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube