suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Resipi telur hancur pedas... Lauk ringkas tapi sedap menjilat jari, sedar-sedar dah 3 kali tambah nasi

Hidangan telur hancur pedas pasti 'kena' dengan cita rasa sesiapa sahaja.

HIDANGAN telur dan rakyat Malaysia berpisah tiada.

Pelbagai jenis masakan boleh dihasilkan dengan menggunakan telur, tetapi sudah tentu juadah telur hancur pedas yang paling membangkit selera.

Sekiranya dimakan bersama nasi putih panas-panas, serta ditambah kicap, tak sedar dah bertambah tiga kali.

Ayuh kita lihat resipinya!

Bahan-bahan:

1) Tiga hingga empat biji telur

2) Lapan hingga 10 tangkai cili kering, pastikan dibelah dua

3) Dua ulas bawang putih

4) Ikan bilis

5) Garam

6) Gula

7) Serbuk perasa

8) Sos tiram

Proses penyediaan yang cukup mudah.

Penyediaannya:

1) Secara berasingan, goreng cili kering yang dibelah dan ikan bilis sehingga garing.

2) Kemudian tumbuk cili kering, ikan bilis serta bawang putih menggunakan lesung batu sehingga hancur.

3) Panaskan minyak di dalam kuali, seterusnya masukkan bahan yang sudah ditumbuk tadi.

4) Pecahkan telur dan kacau sehingga rata menggunakan bahan tumisan. Boleh tambah juga garam, gula, serbuk perasa dan sos tiram.

5) Apabila telur sudah menjadi berketul-ketul, boleh tutup api. Kini siap untuk dimakan bersama nasi dan kicap, boleh juga dijamah dengan roti.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Adawiyah Abdul Rahman

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain