suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayam pun menu wajib masa raya… Cuba teknik tukang masak ini, hasilnya garing di luar tapi isi ‘juicy’

Teknik menggoreng ayam yang dikongsikan oleh Mohd Haffiz. -Gambar FB Mohd Haffiz Supai

SELAIN daging, ayam juga antara menu yang wajib dimasak ketika Hari Raya Aidiladha.

Menu berasaskan ayam menjadi kegemaran semua peringkat usia khususnya kanak-kanak kerana lebih lembut dan senang dikunyah.

Golongan ibu juga sering 'mengumpan' anak kecil mereka dengan ayam untuk menarik perhatian supaya menjamah makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga tak lokek kongsi resipi, ‘spill’ bahan rahsia sup daging... Confirm padu macam kedai makan

Kadang kala, hanya ayam goreng bersama nasi putih panas saja sudah cukup membuka selera si kecil.

Untuk menambahkan lagi selera anak, apa kata anda cuba tip menghasilkan ayam goreng kunyit yang garing di luar, tetapi juicy di dalam, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pengusaha makanan, Mohd Haffiz Supai.

ayam 2

Ayam goreng menjadi kegemaran semua peringkat usia khususnya kanak-kanak. -Gambar hiasan

Cara-caranya:

1) Rendamkan ayam dengan air garam (teknik brine) dan biarkan sejam atau dua jam. Tapi sebaiknya semalaman dan letak dalam chiller.

2) Sebelum goreng, bilas dahulu ayam, kemudian lumur dengan kunyit dan garam. Nak tambah serbuk cili pun boleh.

3) Selepas itu, gorenglah seperti biasa.

Tip tambahan, sebaiknya goreng dalam minyak sampai ayam tenggelam sepenuhnya (deep fry).

Hasilnya, isi ayam goreng anda juicy dan kulitnya berkilat.

Menurut Mohd Haffiz, teknik brine ini juga boleh digunakan untuk ayam goreng bersalut tepung juga.

Silap hari bulan, selera anak kecil anda bertambah dan siap request ayam goreng setiap hari.

Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain