suria

Gordon Ramsay bakal buka restoran di Malaysia, peminat mahukan menu ‘Idiot Sandwich’

Gordon Ramsay bakal membuka restoran pertamanya di Malaysia.

CEF selebriti terkenal, Gordon Ramsay bakal membuka restoran pertamanya di Malaysia tahun ini.

Pemegang pelbagai bintang Michelin itu dijadualkan membuka restorannya pada Jun depan di Sunway Resort, Selangor.

"Buat pertama kalinya, Gordon Ramsay Bar & Grill akan dibuka dengan pelbagai pilihan variasi menu termasuk hidangan istimewa Gordon seperti Beef Wellington dan Sticky Toffee Puding," kata Sunway Resort dalam laman webnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Meleleh air liur terkenangkan kesedapan piza sambal petai! Amacam, ada yang berani cuba?

Restoran itu akan dibuka di bahagian lobi resort itu selain menampilkan pemandangan cermin yang menampakkan keindahan hiasan dan landskapnya.

Selain kehebatan memasak, Gordon juga terkenal sebagai personaliti televisyen dalam rancangan seperti Kitchen Nightmares, Hell's Kitchen, Hotel Hell dan MasterChef US.



Ramai teruja dengan berita Gordon bakal membuka restoran pertamanya di Malaysia.

Sementara itu, ramai rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan Gordon teruja dengan pembukaan restoran itu selain ingin melihat tukang masak terkenal itu mengamuk secara langsung.

"Boleh tak buat Hell's Kitchen Malaysia? Mesti seronok menonton secara langsung," kata salah seorang pengikutnya.

"Alangkah baiknya jika Gordon dapat datang ke Malaysia dan merasmikan restorannya dan belajar kata-kata 'kesat' digunakan di Malaysia," kata netizen.

Selain itu, ramai meninggalkan komen bahawa mereka ingin mencuba hidangan popular Gordon iaitu Idiot Sandwich.

Idiot Sandwich merujuk kepada adegan parodi Hell's Cafeteria ketika cef selebriti itu muncul dalam program The Late Late Show with James Gordon pada 2015.

Dalam salah satu babak parodi itu, Gordon memegang kepala Julie Chen sambil memegang dua keping roti dan menjerit ke arahnya. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain