suria

Rindu menu Asean? Jom singgah Santan... ada Gado-Gado, Nasi Padang

Pelbagai menu dalam penerbangan AirAsia kini disajikan di restoran Santan Sunway Pyramid.

BERIKUTAN kejayaan restoran pertamanya, Santan melancarkan cawangan kedua di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya bagi memenuhi permintaan tinggi daripada penduduk di kawasan sekitarnya.

Santan dikenali sebagai jenama makanan dalam penerbangan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 11 tahun berturut-turut oleh Skytrax.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu di awan biru, kini Nasi Lemak Pak Nasser boleh dinikmati di Santan dan T&CO!

Menerusi cawangan terbaharunya itu, Santan menawarkan pelbagai hidangan popular penerbangan itu seperti Nasi Lemak Pak Nasser, Nasi Padang dengan Rendang Daging serta menu baharu yang diilhamkan oleh Asean seperti Nasi Lemak Goreng dengan Ayam Goreng Berempah, Ayam Goreng dengan sos Keju Berempah dan Gado-Gado.



Hiasan dalaman restoran Santan di Sunway Pyramid.

Lebih menarik, pelanggan yang hadir ke restoran untuk menikmati hidangan panas turut boleh memesan menu-menu berkenaan dalam bentuk beku siap makan untuk dibawa pulang ke rumah.

Di cawangan kedua ini, ia turut dilengkapi dengan teknologi digital di mana pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera, bawa pulang atau penghantaran.

Pengurus Besar Santan, Catherine Goh, berkata, pembukaan di Sunway Pyramid itu selepas melihat satu pertiga pesanan dalam talian di cawangan Mid Valley adalah dari Petaling Jaya dan kawasan sekitar seperti Puchong, Subang dan Bandar Sunway.



Gado-Gado antara menu baharu Asean inspirasi daripada Indonesia.

"Kami berbangga kerana dapat mengembangkan perniagaan kami setelah melancarkan restoran pertama kira-kira setengah tahun lalu.

"Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan daripada pelanggan setia kami dan permintaan berterusan terhadap hidangan kami yang diilhamkan oleh Asean dengan kualiti yang tiada tandingan dan harga yang berpatutan," katanya.

Sementara itu, Catherine memberitahu pembukaan cawangan kedua itu juga turut mewujudkan peluang pekerjaan termasuk membantu bekas kakitangan industri penerbangan.



Pengurus Besar Santan, Catherine Goh.

Malah di Santan Sunway Pyramid, pihaknya turut mengambil bekas kru kabin dan perkhidmatan pelanggan yang dilatih semula dengan kemahiran untuk berhubung dengan pelanggan luar dan dalam talian.

Untuk rekod, Santan melancarkan restoran pertamanya di Mid Valley Megamall di ibu kota pada Disember 2019 atas sambutan luar biasa daripada komuniti pencinta makanan, baik tempatan dan antarabangsa.

Dalam perkembangan sama, Santan juga menetapkan visi untuk menjadi francais makanan segera pertama Asean dengan menawarkan peluang perniagaan francais kepada pengusaha industri makanan dan minuman.



Kakitangan di Santan Sunway Pyramid yang ada di antaranya adalah bekas kru kabin.

Selain bekerjasama dengan rakan penghantar popular, Santan menawarkan perkhidmatan penghantaran sendiri dan disokong oleh platform penghantaran makanan AirAsia yang sedang berkembang iaitu OURFOOD, seterusnya memberi peluang kepada pengusaha francais untuk meningkatkan keuntungan.

Bagi meraikan pembukaan cawangan terbaharu ini, Santan menawarkan promosi masa terhad untuk dua Hidangan Kombo yang terdiri daripada satu makanan dan minuman setiap kombo dengan hanya RM20.

Promosi ini boleh didapati untuk menjamu selera, bawa pulang dan penghantaran di cawangan Sunway Pyramid dan boleh dipesan di santan.com.my dari 22 sehingga 31 Julai 2020 menggunakan kod promosi SUNWAY.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain